Buletin

FORD RANGER XLT PLUS FACELIFT 2020. TAMBAH CIRI MACAM RAPTOR, RM129K SEUNIT

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini memperkenalkan Ford Ranger XLT Plus facelift ke pasaran tempatan. Apa yang menarik varian tersebut kini hadir dengan ciri sama seperti Ranger WildTrak dan Raptor.

Antaranya ialah lampu hadapan Bi-LED berprestasi tinggi untuk pandangan lebih jelas pada waktu malam. Bampar hadapan pula menerima kemasan perak seperti Ranger WildTrak. Tidak ketinggalan, grill hadapan yang eksklusif.

Ford Ranger XLT Plus menggunakan enjin 2.0L Single-Turbo berkuasa 180 PS dan tork setinggi 420Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Ia didatangkan dengan ciri-ciri keselesaan seperti fungsi tanpa kunci dan pintu kargo belakang mudah diangkat.

Di ruang kabin pula, trak pikap tersebut hadir dengan paparan skrin sentuh 8-inci, sistem multimedia SYNC bersama kamera undur, 4X4 Shift-On-The-Fly elektronik, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) serta lampu Daytime Running Lights (DRL).

Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, Limited Slip DifferentialHill Descent Control, Hill Launch Assist, ABS dengan EBA, EBD, ISOFIX, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Cengkaman, Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban dan Ford MyKey.

Ford Ranger XLT Plus facelift ditawarkan pada harga RM129,888 (di atas jalan raya, tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia) dan didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu perak, putih, biru, kelabu dan hitam.  

Kesemua model Ranger didatangkan dengan jaminan penuh selama tiga tahun, atau sehingga 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads
Back to top button