" "
Buletin

KERETA API LALU BAWAH JAMBATAN RENDAH, NILAI KEROSAKAN KERETA FORD CECAH RM8.2 JUTA

Mengangkut barangan menggunakan kereta api bukanlah sesuatu yang asing di Amerika Syarikat (AS). Malah, mode pengangkutan itu memainkan peranan penting dalam revolusi industri AS sejak tahun 1800-an lagi.

Kereta api dilihat sebagai salah satu bentuk pengangkutan yang kos efektif dan terus digunakan hingga ke hari ini.

Evolusi juga menyaksikan pelbagai teknologi dan sistem  terkini digunakan pada kereta api bagi memastikan ia dapat mengangkut barang serta penumpang dengan cekap serta selamat.

Biarpun canggih, malang memang tidak berbau. Itulah yang berlaku pada sebuah kereta api yang membawa model-model baharu Ford, termasuklah Explorer dan Lincoln Nautilus.

Insiden tersebut berlaku di Memphis, Tennessee pada 13 September lalu apabila ia melalui sebuah jambatan rendah. Seperti yang boleh dilihat dalam klip video, jambatan itu ‘mengoyak’ bumbung kereta api berkenaan seperti tin tuna.

Walaupun bumbung keretapi itu mudah dan murah untuk diganti, apa yang lebih dirisaukan ialah kenderaan Ford yang ada di dalam gerabak.

Seperti yang dijangka, kebanyakan kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung, cermin utama dan bampar.  

Menurut sumber, kejadian tersebut menyebabkan kerosakan bernilai lebih A$2 juta (RM8.2 juta) dan ia mungkin terpaksa ditanggung oleh syarikat kargo berkenaan.

Biarpun pedih hati untuk menonton video ini sampai habis, namun ia menjadi peringatan bahawa momentum kereta api yang sedang bergerak boleh meninggalkan impak besar.

Di AS, 2020 Ford Explorer dijual pada harga bermula AS$32,765 (RM135,00), manakala Lincoln Nautilus pula berharga AS$41,040 (RM169,00) ke atas.  

Google ads
Back to top button