" "
Motosikal

MODENAS LANCAR MINYAK ENJIN 100% SINTETIK EMOS 7000E. RM62 SEBOTOL

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) baru-baru ini memperkenalkan siri minyak enjin sintetik sepenuhnya ke dalam rangkaian pelincir di bawah jenama EMOS.

Minyak enjin sintetik EMOS 7000E hadir dengan kelikatan kelas SAE 10W-50 bersama campuran bahan tambahan premium dan minyak asas yang terdiri daripada Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi yang khusus untuk motosikal street.

PAO dan Ester adalah bahan menjanjikan prestasi enjin yang konsisten dan melindungi komponen enjin dalam apa jua kondisi tunggangan. EMOS 7000E sintetik melepasi standard antarabangsa API SN dan JASO MA2 menerusi penggunaan teknologi canggih dan formulasi inovatif.

EMOS 7000E didatangkan dalam botol 1 Liter dan berharga RM62 sebotol. Pengenalan minyak itu adalah sebahagian daripada komitmen MODENAS untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan dan produk selepas jualan. Selain memberi nilai berterusan kepada para pelanggan terutama pada waktu yang mencabar ini.

Pelinciran yang betul bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan api, malah meningkatkan kuasa dan ketahanan enjin. EMOS 7000E yang direka khas memberi perlindungan pada suhu tinggi yang lebih baik pada omboh piston, kawalan enap cemar injap, silinder berkarat dan seal bocor.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan memberitahu minyak enjin EMOS 7000E mampu menawarkan ketahanan terbaik untuk enjin motosikal.

“Minyak enjin ini direka untuk memenuhi keperluan semua jenis “street bike” dan moped yang ada di pasaran. Selepas EMOS 7000E, MODENAS merancang untuk memperkenalkan minyak enjin separa sintetik menjelang Q3 FY2021,” kata Roslan.

EMOS 7000E boleh didapati di semua pusat servis MODENAS dan di cawangan ‘MODENAS Service Plus Centres’ seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman  web: www.modenas.my

Google ads
Back to top button