LIBERTY INSURANCE TAWAR PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF INSUREMYTESLA
Liberty Insurance mengumumkan kerjasama bersama Tesla Malaysia dan turut menawarkan Produk Perlindungan Komprehensif InsureMyTesla kepada pemilik kenderaan elektrik Tesla serba baharu.
Selain Malaysia, Tesla turut menjalinkan kerjasama dengan Liberty Insurance di Hong Kong, Singapura dan Thailand.
Menerusi tawaran eksklusif ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 5 peratus pada kadar premium asas apabila membiayai kenderaan Tesla baharu melalui bank pilihan Liberty Insurance, AmBank.
Berikut ialah beberapa manfaat utama Perlindungan Komprehensif InsureMyTesla:
- Pengecas Elektrik Persendirian: Pemilik akan mendapat bayaran semula bagi perbelanjaan akibat kehilangan atau kerosakan secara tidak sengaja pada pengecas elektrik persendirian, sehingga RM12,000. Perlindungan ini terhad kepada satu kes bagi setiap tahun polisi.
- Bantuan Tunda 24 Jam untuk Kemalangan atau Kerosakan: Pemilik Tesla boleh memandu tanpa merasa bimbang dengan adanya perkhidmatan menunda sepanjang masa dan tanpa had jarak sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan (tidak termasuk kes kenderaan kehabisan bateri).
- Bantuan Tunda 24 Jam untuk Kehabisan Bateri: Sekiranya berlaku kehabisan bateri, pemilik Tesla berhak mendapat bantuan menunda 24 jam/7 hari seminggu dan tanpa had jarak, sehingga tiga (3) kali bagi setiap tahun polisi. Pembekal Perkhidmatan Sah Liberty Insurance akan menunda kenderaan dengan segera ke stesen pengecas EV terdekat.
- Pembaikan/Penggantian Kunci: Pembayaran balik sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kunci kereta atau pemancar (transmitter) akibat kecurian, rompakan atau pecah rumah. Manfaat ini terhad kepada satu (1) kes bagi setiap tahun polisi.
- Semua Pemandu Dilindungi: Perlindungan Komprehensif InsureMyTesla memperluaskan perlindungan kepada semua pemandu kenderaan yang sah, bagi memastikan perlindungan menyeluruh.
- Waranti untuk Hasil Pembaikan Kereta: Pemilik Tesla boleh mendapat manfaat sehingga dua belas (12) bulan untuk hasil kerja pembaikan yang dijalankan oleh panel bengkel diiktiraf oleh Tesla.
Bukan itu sahaja, Perlindungan Komprehensif InsureMyTesla juga menawarkan rangkaian perlindungan tambahan, termasuk perlindungan untuk cermin depan, bahaya khas serta liabiliti undang-undang.
Kepada pemilik Tesla, jangan lepaskan peluang mendapatkan perlindungan terbaik menerusi Perlindungan Komprehensif InsureMyTesla Liberty Insurance dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.libertyinsurance.com.my
- BACA: PEMILIK TESLA MODEL Y DI MALAYSIA LUAH KEKECEWAAN, SISTEM INFOTAINMENT ROSAK TELAN KOS RM40K
- BACA: KENAPA TESLA MODEL 3 TIDAK DIBENARKAN DIPANDU DI MALAYSIA OLEH PDRM?
- BACA: TESLA BAKAL BUKA TEMPAHAN TESLA MODEL 3 OKTOBER NANTI, ANGGARAN HARGA RM160K
- BACA: TESLA MODEL Y RASMI DILANCARKAN, TIGA VARIAN, 534HP, JARAK GERAK 533KM, HARGA BERMULA RM199K