
MITSUBISHI HENTI PRODUKSI DI CHINA – LABUR RM59 BILION, FOKUS PADA EV
Mitsubishi Motors baru-baru ini memberhentikan kakitangan dan menghentikan produksinya di China selepas industri automotif kini beralih kepada kenderaan elektrik.
“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pihak pengurusan serta pemegang saham mencuba sedaya upaya tetapi disebabkan keadaan pasaran dan dengan rasa berat hati, kami mesti merebut peluang untuk beralih kepada kenderaan tenaga baharu. Syarikat akan bangkit daripada kesukaran ini,” kata memo itu.
Seorang wakil daripada rakan kongsi, Mitsubishi Guangzhou Automobile Group mengesahkan kandungan memo itu dan mengatakan bahawa semua pihak berkepentingan sedang berusaha “mengoptimumkan struktur pekerja” termasuk akan mencari jalan terbaik untuk menjamin hak undang-undang kakitangan yang terjejas.

Untuk rekod, Mitsubishi memperoleh jualan tahunan di China sekitar 134,500 pada 2019 namun angka tersebut menunjukkan penurunan sejak 2022, mengeluarkan 34,575 kenderaan, berkurangan 1,530 (Januari) dan sifar pada April.
Manakala satu-satunya SUV elektrik Mitsubishi di China, Airtrek, hanya mencatatkan hasil jualan sebanyak 515 unit pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Mitsubishi tetap mempunyai perancangan untuk Tenaga Baharu, iaitu merancang untuk mengeluarkan kenderaan elektrik menjelang 2035 dan bakal melabur sebanyak AS$13 bilion (RM59.3 bilion).
Selain Mitsubishi, turut menjadi sorotan adalah pengeluar dari Jepun yang lain, Nissan, Honda dan Toyota, di mana jualan pengeluar berkenaan telah merosot sejak dua tahun lalu di China.