
WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN MUNCUL JUARA DI ESTONIA. OLIVER SOLBER PULA APA CERITA?
Hasrat untuk pemandu dari Norway WRC2 Andreas Mikkelsen untuk memenangi kejuaraan WRC2 musim ini semakin cerah dan bersinar apabila beliau berjaya memenagi perlumbaan Rally Estonia dengan bergaya baru baru ini.
Andreas Mikkelsen, mantan juara WRC2 pada 2021, berjaya merampas pendahulu saingan di Estonia pada hari Jumaat yang sebelumnya di tiga peringkat awal menjadi milik Oliver Solberg. Oliver Solberg berjaya mendahului tiga peringkat awal sebelum kereta Skoda Fabia RS Rally2 beliau terlibat dengan masalah dan harus menarik diri saingan.
Peristiwa tersebut digunakan sepenuh oleh Andreas Mikkelsen untuk kekal dalam kawalan pendahulu saingan sejak saat itu dalam perlumbaan yang sangat pantas walaupun pemandu muda Flying Finn Sami Pajari cuba mengejar rapatnya dengan turut memandu Skoda Fabia RS Rally2.

Pun begitu, Sami Pajari berjaya mengatasi Andreas Mikkelsen pada keempat-empat peringkat khas hari Ahad tetapi ianya masih tidak berupaya memadamkan catatan terpantas keseluruan Andreas Mikkelsen dengan kelebihan masa hanya 9.7 saat. Ini merupakan kemenangan kedua pemandu berusia 34 tahun bagi musim ini. Dan akhirnya podium kedua menjadi milik pemandu dari Finland ini.
“Kami mengambil pendekatan bijak pada hujung minggu ini,” kata Andreas Mikkelsen, yang naik ke tangga kedua dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan.
“Oliver mempunyai rentak yang hebat pada hari pertama dan dia mungkin sedikit melebihi had, tetapi kami mempunyai kelajuan yang berterusan. Selepas dia terkeluar, kami hanya cuba mengekalkan jurang sebaik mungkin. Di Power Stage anda sentiasa mahu berhabis habisan tetapi kami harus menahan sedikit kerana 25 mata adalah sangat penting,” ujar beliau lagi.

Podium ketiga pula menjadi milik Emil Lindholm juga dari Finland yang menamatkan perlumbaan dengan agak bergaya pada penampilan sulung bersama Hyundai i20 N mereka. Mereka menikmati perlumbaan dengan agak lancar walau pun ketika saingan hari Jumaat sempat mengalami masalah power steering.
Dengan saingan yang telah memasuki separuh musim, persaingan merebut tahta kejuaraan WRC2 masih lagi terbuka diantara beberapa pemandu. Cumanya setiap pemandu harus lebih bijak untuk mengutip mata penting dalam beberapa perlumbaan akan datang. Mungkin strategi menamatkan perlumbaan lebih baik daripada terhenti di tepi jalan.
Pungutan Mata Pemandu
- Yohan Rossel – 77 mata
- Andreas Mikkelsen – 64 mata
- Gus Greensmith – 62 mata
BACA : WRC2 – KEMENANGAN DRAMATIK BUAT ANDREAS MIKKELSEN DI RALLY ITALIA
BACA : WRC2 – KAJETAN KAJETANOWICZ MENANG DI SAFARI RALLY KENYA







