Artikel Pilihan

LUPAKAN “FAST X” MARI TONTON “THE SHOOT” – VIDEO IKLAN GR YANG TERLAJAK BEST

Toyota baharu sahaja mengeluarkan video terakhir dari siri video untuk kempen iklan mereka. Ia bertujuan untuk mempromosikan model sports mereka seperti Corolla GR dan beberapa model lain lagi. GR Supra ada, GR86 pun ada. Tak cukup lagi ada juga penampilan generasi awal Corolla yang atuk-atuk dulu pernah pakai.

Video sebelum ini yang berjudul “The Pitch” dan “The Focus Group” tidak kurang hebatnya dan bertujuan mempromosikan Gr Supra dan GR86 dengan aksi lompatan dan drift. Kini kedua aksi tersebut digabungkan dalam satu video.

The Shoot ini lebih fokus kepada GR Corolla dan menampilkan para pelakon yang sememangnya pemandu-pemandu professional berlatar belakang lokasi-lokasi menarik di AS seperti bandar lama koboi dan pergunungan bersalji.

Pelakon-pelakon ini merupakan pelumba drift professional antaranya ialah Ken Gushi, Fredric Asbo dan Ryan Tuerck. Abang Japar dapat jemputan tapi terpaksa tolak sebab masa tu jiran sebelah buat kenduri cukup kepala.

Tiada CGI digunakan dalam video ini deh dan lokasi yang digunakan ialah Diamond V Movie Ranch dan Golden Oak Ranch di California dan untuk lokas bersalji tu ia diambil Strawberry Pinnacles, Utah.

Saksikan video ni dalam pelbagai platform nanti. Tapi kalau nak cepat layan je link yang kami bagi ni. Sedap woo macam makan durian musang king percuma.

Google ads
Back to top button