
INILAH RUPA ENJIN 2JZ SELEPAS DIPANDU LEBIH 600,000 KILOMETER – TAK COMOT LANGSUNG
Enjin 2JZ Toyota ni memang dah tak perlu diperkenalkan lagi. Dah jadi lagenda pun dalam dunia automotif. Macam kami bagitahu sebelum ini ia digunakan pada beberapa model Toyota keluaran tahun 90an termasuklah Toyota Supra MK4 yang popular tu.

Ia mempunyai reputasi sebagai enjin ICE yang paling tahan lasak dan dengan modifikasi yang betul mampu bertahan walaupun kuasanya ditingkatkan berkali ganda daripada asal. Buktinya ialah video bedah siasat ini yang menunjukkan enjin ini masih dalam keadaan baik walaupun telah dipandu melebihi 600,000 kilometer. Cuma penyelenggaraan berkala tu mesti dilakukan bila cukup masanya.
Pautan video dari saluran Youtube I Do Cars inilah bukti ketahaan enjin 2JZ yag dipasang pada Lexus GS300 dengan perbatuan 415,000. Selepas dipandu sejauh itu, hos rancangan ini memutuskan untuk membuka enjin ini untuk melihat keadaannya dengan mata sendiri.

Memang mengejutkan kerana keadaan dalaman enjin ini masih dalam keadaan baik setelah sekian lama digunakan. Walaupun bukan seratus peratus sempurna tapi bahagian kepala dan aci sesondol masih dalam keadaan baik cuma sedikit kekuningan. Okey la tu, gigi manusia pun makin kuning kalau dah tua.
Sekali tengok mesti ingat enjin ni baru cecah 100,000 batu perjalanan tapi ini 400,000 batu. Bahagian dalaman lain pun sama, selinder-selindernya masih dalam keadaan asal dengan hanya sedikit calaran halus. Bukan sempurna 100 peratus tapi lebih dari okey jika dilihat pada perbatuannya.
Hanya terdapat sedikit mendakan dalam takungan minyak enjin. Keadaan bearing sudah sedikit haus adalah perkara biasa untuk komponen yang selalu ditukar ganti sepetti tali sawat.
Jadi sekarang mesti korang dah tau kenapa enjin ini mempunyai reputasi sebagai enjin ICE yang paling tahan lasak kan?