Buletin

MAHINDRA BAKAL LANCAR THAR OKTOBER INI. TIRU JEEP WRANGLER KE?

Jeep dan Mahindra mempunyai hubungan dingin malah debut Thar dijangka akan merumitkan lagi keadaan tersebut.

Model terbaharu ini tampak seperti meniru jentera Jeep Wrangler didatangkan dengan tujuh slot gril dipadankan bersama lampu hadapan berbentuk bulat. Ia sangat menyerupai Jeep.

Di bahagian belakang, Thar menawarkan lampu belakang berbentuk empat segi dan kerangka badan lebih mantap.

Thar turut menawarkan tiga pilihan bumbung kenderaan kepada para pelanggan iaitu soft top kekal, hard top dan convertible.

Bagaimanapun, Mahindra tidak memperincikan lebih lanjut mengenai kemasan dalaman tetapi banyak β€˜meminjam’ daripada generasi Wrangler terdahulu.

Sistem infotainmen dilengkapi skrin sentuh 7 inci, trim gentian karbon dan paparan Thin Film Transistor (TFT) di kluster instrumen.

Selain itu, Thar memberi pilihan kepada pelanggan sama ada ingin mendapatkan konfigurasi empat atau enam tepat duduk penumpang.

Dua enjin ditawarkan merupakan enjin petrol  dan diesel. Bagi pilihan enjin petrol, ia mendapat khidmat enjin TGDi 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 150 hp dan tork 320 Nm.

Para pelanggan yang lebih suka enjin diesel, Thar menawarkan enjin diesel mHawk 2.2 liter dengan kuasa 130 hp dan tork 300 Nm.

Enjin berkenaan boleh dipadankan bersama transmisi enam kelajuan automatik ataupun manua yang disokong sistem pacuan empat roda.

Jentera terbaharu ini akan berada dilancarkan di pasaran India pada 2 Oktober tahun ini.

Google ads
Back to top button