
TAK SABAR SANGAT NI, PELANGGAN BAHARU MAHINDRA THAR REMPUH BILIK PAMERAN
Seorang pelanggan yang menerima penghantaran Mahindra Thar baharu memandu merempuh bilik pameran dan hampir terjunam ke jalan raya di Bengaluru, India.
Insiden berkenaan telah menjadi viral di alam maya tetapi tidak mempunyai informasi terperinci berhubung kejadian terbabit.
Pada masa lalu, kebanyakkan insiden melibatkan penghantaran kenderaan baharu disebabkan para pelanggan tidak mengetahui cara mengendalikan kenderaan automatik.
Kemungkinan besar, kemalangan yang berlaku kali ini berikutan pelanggan tersebut tidak pandai mengendalikan kenderaan automatik.
Melalui gambar yang tersebar di Internet, terdapat seorang lelaki yang masih duduk pada bahagian pemandu.
Mahindra Thar itu kemungkinan terkeluar daripada bilik pameran selepas merempuh dinding cermin bangunan sehingga tersekat pada platform.
Kenderaan terbabit terselamat daripada kerosakan lebih teruk apabila ‘diselamatkan’ pagar pada platform berkenaan.
Difahamkan, Thar tersebut berjaya mengundur daripada terus terjatuh sehingga boleh mengakibatkan perkara tidak diingini lebih serius. – cartoq.