Buletin

CUBAAN SELAMATKAN BOT MEWAH GAGAL. JEEP WRANGLER DAN FORD RAPTOR TENGGELAM SEKALI

Usaha sebuah keluarga untuk menyelamatkan bot mewah Pavati AL26 berharga AS$300,000 (RM1.28 juta) di Tasik Cedar, Indiana Amerika Syarikat akhirnya sia-sia.

Malah sebuah Jeep Wrangler dan Ford Raptor yang turut serta dalam misi menyelamat itu turut tenggelam.

Insiden itu sebenarnya membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana bot berkenaan boleh tenggelam. Apa pun, langkah menggunakan Wrangler dan Raptor juga dipersoalkan kerana tasik itu sudah diketahui mempunyai tahap air yang dalam.

Untuk sebuah trak pikap atau SUV, air tasik itu sememangnya terlalu dalam untuk ia harungi.   

Kejadian tersebut membuatkan laman Facebook dihujani dengan spekulasi siapakah pemilik semua kenderaan itu. Ada yang memberitahu ia adalah milik tauke sebuah kilang dan syarikat senjata.

Akhirnya, tentera bawang di sana berjaya mengesan satu akaun Instagram yang menunjukkan gambar bot dan Wrangler sama. Nampaknya, pemilik itu turut mempunyai sebuah Lamborghini Huracan, Wrangler dan beberapa buah kenderaan lain. Memang kaya lah..

Ketika syarikat insurans mereka tidak gembira dengan perkembangan terbaharu itu, pihak berkuasa Indiana juga dilapor akan memberi amaran. Tasik Cedar yang diselia oleh kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang kenderaan memasukinya.

Apatah lagi kejadian itu mungkin menyebabkan pencemaran minyak yang serius.

Tags
Google ads
Back to top button