Buletin

PADA 2019, ADA CUBAAN GABUNGKAN NISSAN DENGAN HONDA. NASIB BAIK TAK JADI

Kerajan Jepun didakwa cuba untuk membuatkan pengeluar kenderaan Nissan dan Honda bergabung pada tahun 2019. Pasukan penasihat Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dikatakan antara pihak yang bertanggungjawab menggesa kedua-dua syarikat itu untuk bergabung. 

Pegawai kerajaan bimbang mengenai hubungan di antara Renault dan Nissan berikutan penangkapan bekas pengerusi Nissan, Carlos Ghosn. Sekiranya pakatan itu roboh, ia akan membuat Nissan terdedah kepada bahaya. 

Namun, percubaan itu gagal apabila kedua-dua pihak menolak idea tersebut. Malah, pelan itu langsung tidak sampai ke peringkat atasan.

Honda dikatakan mempunyai masalah dengan struktur modal Nissan dan Renault. Manakala Nissan pula lebih selesa untuk terus bekerjasama dengan Renault. 

Pada Mei 2019, Renault, Nissan dan Mitsubishi mengumumkan rombakan pelan perniagaan yang memberikan setiap pengeluar satu rantau pasaran untuk difokuskan. Pasaran yang menjadi fokus Nissan pada masa depan ialah China, Amerika Utara dan Jepun. 

Nissan memperkenalkan pelan penstrukturan semula selama empat tahun. Ia merangkumi langkah menurunkan produksi sehingga 20 peratus dan mengurangkan barisan produk kepada 55 model berbading 69 model pada masa sekarang. 

Syarikat itu juga merancang untuk memperkenalkan versi baharu 12 modelnya dalam tempoh 18 bulan. Ia melibatkan model-model seperti crossover elektrik Ariya, Armada, Navara, Frontier, Kicks, Note, Pathfinder, Qashqai, Rogue, Terra, X-Trail dan Z. 

Google ads
Back to top button