" "
Buletin

PEMANDU PANIK CUBA HALAU LABAH-LABAH. KERETA REMPUH TIANG PAPAN TANDA

Pihak Polis Isle of Wight, Britain memberi amaran kepada orang ramai melalui platform Facebook berhubung serangga di dalam kenderaan.

Ia berikutan seorang lelaki panik dan terbabas melanggar papan tanda di tengah jalan raya apabila melihat labah-labah berada di dalam kereta.

Pemandu berkenaan yang berasal dari Isle of Wight sedang memandu di Kite Hill, Wootton sebelum ternampak labah-labah di dalam kereta hatchback berwarna emas miliknya.

Dalam keadaan panik, lelaki itu cuba menghalau labah-labah tersebut sehingga hilang kawalan lalu merempuh papan tanda di tengah jalan raya.

Dia mengalami cedera ringan akibat hentakan selepas merempuh papan tanda.

Melalui laman Facebook Polis Isle of Wight memaklumkan aliran trafik perlahan disebabkan insiden terbabit.

“Kami ingin memberitahu pemandu hanya mengalami cedera ringan.

“Begitupun, para pengguna perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya kerana terdapat banyak gangguan sepanjang tahun ini,” ujar posting itu lagi. – agensi

Google ads
Back to top button