Artikel PilihanBuletin

PORSCHE TIRUAN DARI CHINA – ZEDRIV GT3

Industri automotif China. Selain mendahului dunia dalam aspek penghasilan kenderaan berteknologi elektrik, mereka juga paling kedepan dalam bab meniru rekabentuk model asing.

Terbaru adalah yang ini. Zedriv GT3, sebuah kereta sports konsep yang dihasilkan oleh Sinomach. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi Koperasi Industri Mesin Kebangsaan China (China National Machinery Industry Corporation)

Ia dipamerkan dalam pameran AUtoshow. Di samping kereta ini, mereka juga pamerkan tiga lagi versi kenderaan produksi iaitu GX5 sebuah SUV, GC1 – hatchback tiga pintu dan GC2 sebuah hatchback lima pintu.

Uniknya, kereta ini merupakan versi sport-elektrik yang dikenali sebagai GT3. Ya. bukan sahaja rekabentuk sahaja yang ditiru, nama juga sekali harung senang. Buat apa tiru sikit-sikit kalau boleh tiru semua ye tak?

Tidak pasti samada model ini akan menjadi sebahagian dari produksi mereka. Namun melihat pada senario terkini, kekalahan Land Wind kepada Range Rover, ia adalah tindakan tidak bijak untuk memplagiat sebuah Porche pula.

Tapi nanti dulu. Ia di China kan? apa-apa pun boleh jadi!

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button