Buletin

MAZDA LANCAR MINIVAN FLAIR WAGON DI PASARAN JEPUN – BERMULA RM48,000 SEUNIT

Mazda baru sahaja memperkenalkan minivan Flair Wagon dan Flair Wagon Custom Style di pasaran Jepun.

Dijadual mula dijual pada Fabruari 2018, model tersebut dibina berasaskan kepada Suzuki Spacia. Ia tampil dengan rekaan garang dan dilihat lebih menarik berbanding model terdahulu.

Jika model standard nampak agak konvensional, varian Flair Wagon Custom Style bagaimanapun lebih menarik. Ia dipasang dengan gril lebar bersama lampu utama LED. Di samping kemasan krom dan lampu kabus berbentuk bulat.

Ruang dalaman yang minimalis itu diserlahkan menerusi satu speedometer besar dan paparan digital. Jentera itu turut dilengkapi sistem infotaimen, kemasan metalik dan stereng sports.

Mazda menyatakan model baharu ini lebih luas, aspek keluar masuk juga telah ditambah baik.  

Walaupun bersaiz kecil, Flair Wagon hadir dengan pelbagai teknologi terkini. Antaranya, sistem amaran pelanggaran, bantuan lampu tinggi, sistem amaran pertukaran lorong serta banyak lagi.  

Flair Wagon dijana oleh enjin bersesaran 660cc. Model entry level berkuasa 52PS dan tork 60Nm. Manakala varian lebih tinggi menggunakan enjin pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 64PS dan tork 98Nm.

Ia turut menggunakan sistem hibrid dengan motor elektrik berkuasa 3PS dan tork 50Nm. Enjin itu kemudian dipadankan bersama kotak gear CVT baharu yang menawarkan penjimatan bahan api sehingga 30.0 km/l.

Pacuan roda hadapan ialah pilihan standard, tetapi pelanggan juga boleh mendapatkan sistem pacuan empat roda (4WD).  

Flair Wagon ditawarkan pada harga bermula ¥1,333,800 (RM48,000) hingga ¥1,908,360 (RM68,650) untuk varian tertinggi, Flair Wagon Custom Style Hybrid XT.

GALERI

Google ads
Back to top button