Buletin

MITSUBISHI XPANDER MASUK PASARAN MALAYSIA TAHUN INI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bakal melancarkan model terbaharu Xpander tahun ini.

Crossover tujuh tempat duduk itu memasuki pasaran Indonesia pada tahun 2017 dan mendapat sambutan hangat daripada penggemar jenama Mitsubishi.

Model terbaharu Xpander didatangkan dengan reka bentuk hadapan Dynamic Shield yang menjadi trademark jenama Mitsubishi dalam pengeluaran model terbaharu mereka.

Ia menunjukkan prestasi tinggi dan kemampuan melindungi pemandu serta penumpang menaiki jentera yang menggabungkan fungsi SUV.

Jentera lasak dan kukuh ini turut dilengkapi ruang luas bagi keselesaan pemanduan serta penumpang.

Rekaan dan fungsi digabungkan dalam pembikinan Xpander bersesuaian dengan pasaran Malaysia.

“Xpander bukan hanya model penting bagi MMM, tetapi untuk rantau ASEAN. Setakat bulan Jun 2020, model ini telah mencatatkan jualan keseluruhan sekitar 256,000 unit.

“Kejayaan Xpander di beberapa negara jiran termasuk Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam menunjukkan keserasian serta kesesuaian penggunaannya di rantau ini termasuk Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Xpander memenangi beberapa anugerah di negara ASEAN termasuk Car of the Year 2018 di Indonesia dan Thailand.

Google ads
Back to top button