Buletin

OPSS!!! LELAKI JERMAN TERJUAL BMW RM4. BAHANA SALAH MAKLUMAT DALAM IKLAN

Biarpun, anda boleh menjual kereta kepada peniaga kereta terpakai ataupun secara peribadi dengan meletakkan iklan di akhbar, orang ramai mula menggunakan platform online seperti Craiglist dan eBay.

Berikutan penjual kenderaan akan memuatnaik sendiri iklan kereta untuk dijual, ia sangat penting untuk memastikan segala informasi dipaparkan dengan tepat di laman online.

Kalau tersilap, kemungkinan besar anda berdepan masalah. Ini yang terjadi kepada seorang lelaki Jerman apabila menjual kereta jenis BMW pada harga Euro 1 (kira-kira RM4).

Menurut Automobilwoche, pemilik kenderaan itu telah memuatnaik sendiri iklan kenderaan tersebut di eBay dengan niat untuk meraih keuntungan. Harga pasaran kenderaan berkenaan kira-kira pada Euro 12,000 (RM58,000).

Model sebenar kenderaan tersebut tidak dimaklumkan. Kemungkinan besar, ia merupakan model terlaris di Jerman, iaitu BMW 3 Series.

Tidak mengejutkan, apabila terdapat banyak pembeli berminat mendapatkan kenderaan itu. Bagaimanapun, penjual menyedari kesilapan dilakukan ketika lelongan sedang berlangsung.

Penjual dengan segera menolak semua harga bidaan dilakukan pembeli, seperti dijangka kejadian tersebut berakhir di mahkamah Frankfurt. Kedua pihak telah berhujah tetapi mahkamah menyebelahi penjual.

Kenapa? Ia berikutan penjual secara jelas telah memaklumkan dalam iklan niat menjual kenderaan untuk memperoleh keuntungan dengan menandakan kotak tawaran segera diterima (Immediate offers are welcome).

Mahkamah memutuskan bahawa ia adalah bukti jelas bahawa penjual tidak mahu menjual BMW pada harga rendah dan perjanjian penjualan tidak sah. Lelaki tersebut boleh menyimpan keretanya.

Pembeli yang tidak gembira dengan keputusan mahkamah hampir membuat rayuan tetapi menarik balik niat tersebut.

Pengajaran yang dapat dipelajari dalam situasi ini adalah jika hendak menjual barangan di platform online pastikan semua maklumat tepat. Ini kerana ia boleh merugikan penjual dan pembeli. – carbuzz.

Google ads
Back to top button