Buletin

MERCEDES AMG G 63 EDITION 55 MASUK PASARAN EROPAH. JENTERA KHAS SEMPENA 55 TAHUN AMG

Mercedes memperkenalkan AMG G 63 Edition 55 sempena ulang tahun ke-55 jenama AMG.

Model edisi khas terbaharu itu hanya boleh didapati di Eropah sahaja.

AMG G 63 Edition 55 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam (Obsidian Black Metallic) dan putih (G Manufaktur Opaline White).

Bagi AMG Night Package I dan II, ia hadir dengan trim hitam berkilat pada bahagian gril radiator, lampu signal, lampu utama dan belakang.

Selain itu, cap bahan api berwarna krom perak yang didatangkan nama AMG merupakan sebahagian daripada pakej luaran tersebut.

Jentera terbaharu berkenaan hadir dengan hiasan pintu keluli tahan karat menampilkan huruf AMG dipadankan pencahayaan warna merah.

Ia turut didatangkan tikar lantai AMG berwarna hitam dengan kemasan jahitan merah dan tulisan Edition 55, stereng dibaluti microfiber digandingkan lencana AMG serta nombor 55.

AMG G 63 Edition 55 mendapat trim karbon dan tempat duduk kulit nappa merah dan hitam menyerlahkan lagi sisi premium jentera terbabit.

Dari segi kuasa, ia mendapat khidmat enjin biturbo V8 4.0 liter yang mampu menjana 577 hp dan tork 850 Nm dipadankan transmisi automatic 9 kelajuan.

Mercedes-AMG memberi bayangan pakej G 63 Edition 55 merupakan antara model edisi khas istimewa dalam meraikan penubuhan AMG pada tahun 1967. – carscoops

Google ads
Back to top button