Buletin

PELUMBA MUDA TUNJUK KEUPAYAAN. SAINGAN TGR VIOS CHALLENGE 2022 SEMAKIN SENGIT

Hari ke-2 Vios Challenge yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini menyaksikan peningkatan kualiti signifikan ditunjukkan oleh para pelumba muda.

Sudah memasuki musim kelima, Toyota GAZOO Racing Festival nyata menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat pelumba pelapis dalam negara.

Inisitiaf tersebut dilaksanakan menerusi perlumbaan one-make format Vios Challenge, di mana Program Pembangunan Pelumba Muda Gazoo Racing dilihat mampu memberi impak signifikan di atas litar.

Buktinya, persaingan di antara pelumba muda dan senior nampak sengit. Kemahiran yang ditunjukkan juga semakin bagus.

Dalam Super Sporting Class, pelumba veteran Eddie Liew menguasai perlumbaan hingga ke garisan penamat biarpun bermula di tempat keempat. Pelumba pasukan Laser Motor Racing itu menamatkan perlumbaan dengan jarak masa yang selesa 5.58 saat di hadapan Mitchell Cheah (Prima Pearl TD Racing Team) dan Freddie Ang (Telagamas Toyota).

Sporting Class yang tidak kurang dengan drama pula menyaksikan pelumba Crestmax Motorsport, Bradley Bennedict Anthony menafikan kemaraan Kenneth Koh (Panglima City Racing Team) dan Abdul Miqail (23 Motors) untuk muncul sebagai juara.

Persaingan selebriti dalam Promotional Class menyaksikan pelakon Shukri Yahaya menguasai litar sejak awal perlumbaan, sekali gus membuatkan Zizan Razak terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kedua.

Nabil Ahmad pula di tempat ketiga. Diikuti oleh Wany Hasrita, Janna Nick, Ain Edruce yang berada di tempat kelima, keenam dan ketujuh. 

Rookie Class menyerlahkan kehebatan pelumba muda Sharique Zulqarinain yang berjaya mengenepikan pesaing lain seperti Muizz Musyaffa dan Muhammad Hamdany Abdul Hamid di kedudukan kedua dan ketiga.  

Pusingan 2 Toyota GAZOO Racing Festival dan perlumbaan Vios Challenge dijadual pada Jun depan. UMW Toyota berharap acara tersebut boleh kembali dibuka kepada orang ramai, selepas ia terpaksa dilakukan secara tertutio selama dua musim akibat pandemik Covid-19.

GALERI

Google ads
Back to top button