Buletin

MERCEDES-AMG DAN IWC SCHAFFHAUSEN LANCAR JAM TANGAN PILOT’S WATCH CHRONOGRAPH EDITION AMG. RM37,600 SEUTAS

Pembuat jam mewah Switzwerland, IWC Schaffhausen dan Mercedes-AMG baru-baru ini melancarkan jam tangan Pilot’s Watch Chronograph Edition “AMG” bagi meraikan kerjasama di antara mereka sejak tahun 2004. 

Jangan tangan tersebut diperkenalkan dalam satu webcast oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWC, Christoph Grainger-Herr; Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG, Phillip Schiemer serta duta dan pelumba Maro Engel.  Ia ditawarkan pada harga AS$9,100 (RM37,600) seutas. 

Chasis Pilot’s Watch Chronograph Edition “AMG” menggunakan pergerakan kaliber IWC 69385 bersama dial sulaman gentian karbon yang diambil daripada komponen aero AMG. 

Dihasilkan dengan material kejuruteraan automotif, ia merupakan jam tangan pertama IWC bersaiz 43mm yang diperbuat daripada titanium ringan dan kalis calar. Semua komponen itu dihasilkan menerusi satu proses yang kompleks. 

Kemasan titanium Grade 5 memberikan jam tangan itu warna kelabu matte yang diinspirasikan daripada warna cat Selenite Grey Magno AMG. Bahagian dalaman jam berkenaan dilindungi oleh kaca Saphire dengan keupayaan kalis air sehingga 6 bar. 

Bahagian belakang diserlahkan dengan logo Mercedes-AMG. Sementara talinya diperbuat daripada kulit hitam berkilat bersama jahitan warna kontras. 

Jika berminat, Pilot’s Watch Chronograph Edition “AMG” sudah boleh ditempah di laman web IWC.com bermula 21 Mei. Anda juga boleh membelinya di butik IWC dan rakan pengedar sah. Pelanggan boleh mendapatkan jaminan lanjutan selama enam tahun di bawah program My IWC Care. 

GALERI

Google ads
Back to top button