Buletin

MERCEDES-BENZ GLE 450 4MATIC AMG LINE CKD. 7 TEMPAT DUDUK, 367HP, BERMULA RM475K

Mercedces-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini memperkenalkan SUV GLE 450 4MATIC AMG Line ke pasaran tempatan. Model pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan pada harga RM475,501 seunit. 

SUV tujuh tempat duduk itu digerakkan oleh enjin turbo enam silinder bersesaran 3.0 liter yang mampu menjana kuasa 367hp dan tork 500Nm. Kuasa tersebut disalurkan ke sistem pacuan semua roda menerusi kotak gear automatik 9 kelajuan 9G-TRONIC.

Rangkaian kuasa tersebut membolehkan jentera berkenaan memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 5.7 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j. 

Keselesaan penumpang ditingkatkan dengan penggunaan suspensi udara AIRMATIC bersama sistem peredam ADS yang telah dipertingkatkan sebagai ciri standard. Suspensi itu berupaya mengubah tetapan berdasarkan kepada beban, kelajuan semasa dan kondisi permukaan jalan. 

Bahagian luaran tampil sporty dengan gril radiator diamn bersama pin krom, corong udara yang besar, lampu uta,a MULTIBEAM LEF dan rim aloi ringan AMG bersaiz 21 inci. 

Ruang kabin pula diserlahkan dengan kemasan kayu oak mewah, paparan instrumen terapung yang terdiri terdiri daripada dua skrin bersaiz 12.3 inci  dandioperasikan oleh sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) NTG 6. Sistem bunyi menggunakan Burmester Surround System dan pencahayaan ambien dengan pilihan 64 warna. 

GLE 450 4MATIC AMG Line turut dilengkapi ciri keselamatan dan sistem bantuan pemanduan terbaik dalam kelasnya. Antaranya ialah Active Distance DISTRONIC, Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist dan kamera 360 darjah. 

Jika berminat, anda boleh memiliki SUV itu dengan bayaran bulanan bermula RM3,888 sebulan melalui Pelan Pembiayaan Step Up Agility yang ditawarkan oleh MBM. 

GALERI

Google ads
Back to top button