Buletin

MERCEDES-AMG GT 73 ‘E-PERFORMANCE’. ENJIN V8 TURBO DAN PLUG-IN HYBRID 800 KUASA KUDA

Dalam satu majlis pra-tonton The One hypercar , Mercedes-AMG telah mendedahkan satu lagi model baru yang dikenali dengan nama Mercedes-AMG GT 73 E-Performance. Dalam varian terbaru ini, E-Performance merujuk kepada sistem plug-in hibrid

Berbeza dengan model yang akan digunakan oleh Mercedes-AMG C63 yang menggunakan enjin M139 4 silinder , model ini akan menggunakan enjin 4000cc turbo berkembar V8 serta dilengkapi dengan sistem hibrid (bateri dan motor elektrik) yang menghasilkan sekitar 800 kuasa kuda, di tayar.

Namun salah satu kelemahan sistem hibrid ialah berat sistem hibrid sehingga mencecah 200kg. Ini menjadikan berat keseluruhan super sedan Mercedes-AMG GT 73 E Performance ini mencecah sehingga 2045kg. Sama seperti model C63, model GT 73 ini menggunakan transmisi 9 kelajuan pada roda depan dan juga Electric Drive Unit pada roda belakang

EDU ini mengandungi 560 sel bateri ion lithium sejukan cecair, motor elektrik, dan rear differential kawalan elektrik dengan 2 gear kelajuan berbeza. Kombinasi enjin V8 turbo berkembar dan hibrid ini menghasilkan 804 kuasa kuda dan 1001 Nm tork, sudah cukup untuk model GT 73 E Performance

Setakat ini tiada data rasmi berkenaan dengan prestasi pecutan Mercedes-AMG GT 73 E Performance ini, tapi model lama yang menggunakan enjin V8 turbo berkembar mencatatkan masa 3.1 saat untuk pecutan 0-100km/jam.

Motor elektrik (startor-generator) yang bersambung dengan unit EDU boleh menghasilkan kuasa tambahan sebanyak 201 kuasa kuda dan 320Nm tork selama 10 saat. Kuasa akan datang dari unit bateri 6.1 kWh dengan berat sekitar 89kg. Cecair penyejuk digunakan bagi memastikan suhu bateri tidak melebihi 45 darjah Celcius

Google ads
Back to top button