Artikel Pilihan

ENJIN 2JZ 6 SILINDER 3000CC TOYOTA. ENJIN PALING POWER DARI TOYOTA

Syarikat automotif Jepun merupakan antara syarikat yang pandai membuat enjin yang terkenal dengan lasak, mudah untuk dimodifikasi dan tahan lasak. Namun bila berbicara tentang enjin 6 silinder, nama 2JZ merupakan nama yang wajib disenaraikan antara enjin paling glemer dari JDM

Sebenarnya dalam tahun 1970an dulu, Toyota pun kena lauk dengan Nissan terutama dengan model popular siri Z. Sebelum kelahiran enjin 1JZ dan 2JZ, Toyota bergantung pada enjin siri M dengan sistem kawalan injap yang agak ketinggalan

Toyota ambil enjin M single cam, letakkan secara menegak dalam enjin Celica Supra bagi memberi saingan kepada Nissan Z. Inilah yang memberi asas kepada kelahiran Toyota Supra 3000cc 6 silinder sebaris

Pada tahun 1986, Supra generasi ketiga dihasilkan dan berada sebagai satu model asing daripada model Celica. Platform baru diambil daripada Toyota Soarer dan diberikan enjin M terakhir iaitu 7M-GE dan 7M-GTE 3000cc. Enjin ini berkhidmat sehingga tahun 1989 sebelum dipencenkan bagi memberi laluan kepada enjin 1JZ

Enjin 1JZ ini berkhidmat sehingga tahun 1993 sehinggalah model A80 dilancarkan dengan 2 pilihan enjin baru. 2Z-GE dengan 220 kuasa kuda dan 285Nm tork dan 2Z-GTE dengan turbo berkembar yang berupaya menghasilkan 276 kuasa kuda dan 318Nm tork

Enjin ini dihasilkan dengan keluli melalui proses die-casting serta menampil rekaan closed deck yang amat tahan lasak disebabkan struktur pengukuhan tambahan. Malah sehingga hari ini, ia merupakan satu-satunya enjin dengan blok paling kuat yang pernah dihasilkan dari kilang. Disebabkan kekuatan blok enjin ini, 2JZ memiliki potensi yang besar untuk modifikasi

Pada pendapat penulis, jurutera enjin telah melakukan over-design pada enjin 2JZ ini kerana terdapat satu struktur tambahan dalam bekas takungan minyak enjin bagi mengukuhkan ketegaran enjin. Pengimbang berat dihasilkan dengan kaedah forging.

Bearing utama 62mm dan bearing rod penyambung 52mm diperkukuhkan bagi menahan impak akibat turbo. Rod penyambung (atau con-rod) juga dihasilkan dengan menggunakan kaedah forging. Bagi varian yang dijual di Amerika dan Eropah, enjin 2JZ ini menggunakan turbo kecil dan sistem penyuntik petrol yang lebih besar

Hasilnya ia mampu menghasilkan 321 kuasa kuda untuk pasaran Amerika dan 326 kuasa kuda bagi pasaran Eropah. Walaupun rancangan asal enjin ini memang untuk Supra, tapi enjin ini digunakan pada Toyota Aristo (model JDM) pada tahun 1991. Piston 2JZ bukan dihasilkan dengan proses tempaan, tapi melalui proses cast hypereutetic tekanan tinggi bagi memastikan ia cukup kuat.

Sesetengah tuner melaporkan mereka berupaya mengekstrak sehingga 800 kuas kuda dari piston standard gaban ini. Sistem injap pula menggunakan Double Over Head Cam dengan jumlah keseluruhan injap ialah 24. Bagi memastikan tuner tak pening kepala, Toyota menghasilkan rekaan kepala silinder yang amat ringkas. Tiada valve lifter hidraulik, tiada rocker arm tapi hanya menggunakan bucket dan shim untuk operasi injap

Bagi sistem turbo, 2JZ mengaplikasikan sistem turbo berkembar berturutan. Satu turbo masuk pada RPM rendaj, dan satu lagi turbo masuk pada RPM tinggi pada 4000 RPM. Tapi kedua dua turbo menggunakan saiz diameter yang sama bagi memastikan kelancaran kuasa yang dihasilkan

Power tak power enjin 2JZ ini, dalam keadaan standard ia mampu menjana 407Nm tork pada 1800 RPM. Tapi disebabkan gentelman (memang sengaja typo) agreement maka kuasa 2JZ ini dihadkan sekitar 280 kuasa kuda sahaja. Alasan mereka ialah bagi mengurangkan masalah kemalangan jalanraya yang serius setiap tahun

Untuk modifikasi ia cukup mudah bagi 2JZ. Tukarkan turbo kecil kepada turbo besar, atau tambah satu unit turbo pada enjin 2JZ versi NA, masukkan penyuntika petrol aftermarket, intercoolerbesar dan ECU aftermarket. Biasanya tuner senang-senang dapat 700 kuasa kuda.

Bagi proses yang lebih berkuasam aci sesondol asal digantikan dengan aci sesondol aftermarket, spring injap yang lebih kuat, turbo yang lagi besar, piston tempaan dan conrod aftermarket tempaan. Hasilnya ialah sekitar 1500 kuasa kuda. Disebabkan blok enjin tadi sangat tahan lasak, ia amat disukai oleh tuner.

Google ads
Back to top button