Buletin

MERCEDES-AMG PURESPEED CONCEPT – HADIR DENGAN UNIT TERHAD. ADA DUIT PUN BELUM TENTU DAPAT BELI

Menarik dan mempesonakan, inilah gambaran untuk kereta konsep terbaharu Mercedes-AMG PureSpeed yang juga merupakan kemuncak menjelang perlumbaan Formula 1 Monaco Gran Prix 2024. Reka bentuk radikal kereta berprestasi dua tempat duduk yang terbuka sepenuhnya tanpa bumbung atau cermin depan adalah satu penghormatan kepada perlumbaan bermotor.

Pratonton kereta konsep Mercedes-AMG PureSpeed dipamerkan dalam suasana yang cukup eksklusif di perlumbaan Formula 1 Monaco Gran Prix 2024 dalam siri Mercedes-Benz Mythos yang sangat terhad. Kereta konsep itu didedahkan pada ponton secara terapung di kawasan pelabuhan berhampiran Kota Monaco yang telah berjaya mengagumkan pemandu lumba Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team Lewis Hamilton dan George Russell.

Kereta konsep Mercedes-AMG PureSpeed ini ​​menawarkan gambaran tentang cara paling langsung untuk mengalami prestasi dan keseronokan pemanduan. Terbuka secara radikal, bumbung mahupun cermin depan tidak memisahkan kedua-dua penumpang daripada sebarang unsur.

Pemandu dan penumpang akan dapat mengalami kesemua deria rasa, cahaya, udara dan keghairahan apabila berada dalam kereta konsep Mercedes-AMG PureSpeed ini. Berinspirasikan sebuah kereta berprestasi sebenar, ianya menampilkan siluet yang sangat rendah. Banyak ciri reka bentuk diilhamkan daripada model hypercar Mercedes-AMG ONE dengan bahagian gentian karbon yang boleh dilihat pada bahagian teknikal yang dipotong tajam di bahagian bawah kenderaan untuk memberikan sedikit kontras yang kuat kepada bentuk sensual dan bulat bahagian atas kenderaan.

Reka bentuk roda dicirikan oleh pelapisan gentian karbon yang unik pada penutup roda hadapan dan belakang dengan penutup roda belakang ditutup sepenuhnya untuk meningkatkan aerodinamik. Penutup roda hadapan dibuka untuk mengoptimumkan aliran udara di bahagian hadapan untuk penyejukan brek serta memberikan sedikit downforce yang diperlukan. Yang pasti kereta konsep ini cukup aerodinamik untuk memecut laju.

Malah ada beberapa perincian yang berinspirasikan dan memberikan penghormatan kepada sukan permotoran seperti dua penopang terbang di belakang tempat duduk mengingatkan kereta lumba legenda seperti 300 SLR yang dipandu oleh Stirling Moss dan Denis Jenkinson yang memenangi Mille Miglia di Itali pada tahun 1955.

Kereta konsep Mercedes-AMG PureSpeed ini dilayangkan dengan warna Le Mans Red kepada kelabu grafit dengan corak AMG hitam yang merujuk kepada skema warna kereta Mercedes yang memenangi perlumbaan Targa Florio 1924 di Sicily.

BACA : SKODA EPIQ CONCEPT DIDEDAHKAN. BENARKAH IANYA BAKAL MENJADI SEBUAH SUV ELEKTRIK YANG EPIK?

BACA : MAZDA ARATA CONCEPT – BAKALAN SUV BAHARU KHUSUS UNTUK PASARAN CHINA

Google ads

B K

Back to top button