
MAZDA ARATA CONCEPT – BAKALAN SUV BAHARU KHUSUS UNTUK PASARAN CHINA
Changan Mazda Automobile Corporation Ltd. (Changan Mazda), sebuah syarikat yang berpangkalan di China telah pun menerima pelaburan terus daripada Mazda Motor Corporation untuk mendedahkan model konsep kenderaan elektrik, Mazda Arata sewaktu Auto China 2024.
Mazda Arata ini merupakan model konsep reka bentuk yang mana Mazda menyahut cabaran untuk mencipta nilai baharu berdasarkan falsafah Mazda iaitu “Menaikkan Semangat Manusia.” Sebagai SUV crossover, dengan reka bentuk moden yang mencipta kesan anggun dan elegan, ia direka untuk menarik minat pengguna China yang bercitarasakan canggih dan moden.

Sungguh pun begitu, Changan Mazda masih lagi mengekalkan identiti rekaan bahasa Kodo daripada Mazda sendiri dan ianya masih lagi sebuah Mazda yang kita semua kenali. Dalam erti kata lain, Mazda Aratra ini tidaklah jauh kelihatan berbeza dengan barisan model Mazda SUV sedia ada.
Ianya menampilkan tema reka bentuk soulful, futuristic dan modern yang merangkumi bentuk futuristik dan moden yang membangkitkan imej cara hidup baharu dengan kenderaan tenaga baharu, sambil menggabungkan ‘keseronokan pergerakan’.

Pandangan sisi memperlihatkan pintu tebal dan konfigurasi tiga dimensi yang memberikan daya tarikan untuk mencipta bentuk dinamik yang berkuasa yang tipikal reka bentuk Kodo. Bahagian belakang menampilkan rekaan lampu yang nipis dan kecil menyilang terus dari hujung dengan dua sayapnya bertindih antara satu sama lain, juga digunakan untuk menekankan jenama Mazda baharu.
Dan Mazda Arata yang membawa maksud segar / baharu dalam bahasa Jepun ini kelak akan ditawarkan dengan pilihan dua trenkuasa, BEV dan juga plug-in hybrid.

Model konsep Mazda Arata ini dijadualkan akan dikeluarkan secara besar-besaran sebagai kenderaan elektrik kedua baharu menjelang akhir 2025. Ianya akan dan diperkenalkan khusus untuk pasaran China. Pasaran China seperti mana kita semua sudah sedia maklum, segmen kenderaan elektrik berkembang cukup pesat. Sudah semestinya Mazda mahu mengembangkan barisan produk elektriknya supaya lebih ramai pelanggan boleh memilihnya.
BACA : JMS 2023: MAZDA DEDAH MODEL KONSEP ICONIC SP – ENJIN ROTARY HIBRID, JANA 365HP


