
MAS2024: MOTO MORINI SEIEMMEZO SCR DIRASMIKAN – RM33,888
MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan Moto Morini Seiemmezzo SCR untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM33,888.
Motosikal gaya retro dengan ciri ‘scrambler’ ini merupakan model kedua dari Moto Morini untuk pasaran tempatan selepas X-Cape 650.

Seiemmezzo merupakan bahasa Itali yang bermaksud enam setengah sekaligus merujuk kepada kapsasiti enjin 650cc.
Untuk rekod, Moto Morini Seiemmezzo mempunyai dua varian di pasaran global menerusi SCR dan STR namun hanya SCR dipasarkan disini.

Perbezaan utama antara kedua-dua varian ini adalah di bahagian estetik terutamanya tayar, dengan SCR didatangkan dengan rim ‘spoke’ manakala STR dilengkapi rim aloi. Imej scrambler pada SCR juga dipertingkat dengan kehadiran ‘mudguard’ tinggi di depan.
Moto Morini Seiemmezzo STR/SCR dikuasakan enjin parallel-twin 649cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 61hp dan 54Nm. Enjin tersebut merupakan yang sama terdapat pada X-Cape 650.

Moto Morini juga mendakwa SCR mampu mencapai kelajuan maksima 170km/j meskipun dengan berat 200kg dan dilengkapi tangki 16L.
Berikut antara ciri lain ditawarkan:
- ABS dwi-saluran
- cakera brek (berkembar) 298mm depan, 255m (tunggal) belakang
- fork depan Kayaba 43mm dengan jarak pergerakn 120mm
- monoshock Kayaba belakang boleh laras (preload)