Buletin

MAS 2024: JETOUR DASHING BAKAL DILANCARKAN PADA SUKU KEDUA 2024 – JANA 154HP, TAWAR DUA VARIAN

Pengeluar kereta China, Jetour baru-baru ini telah mendedahkan model yang bakal dilancarkan pada suku kedua 2024 iaitu Dashing.

Menurut laporan, model ini akan menjadi model pemasangan tempatan (CKD) serta menawarkan dua varian iaitu Prime dan Signature.

Dari segi dimensi, SUV lima tempat duduk ini berukuran 4,590mm panjang, 1,900mm lebar, 1,685mm tinggi dan jarak roda 2,720mm.

Dari penggayaan, ia hadir dengan kelengkapan seperti rim 18-inci (Prime), lampu depan LED, DRL LED, lampu belakang LED, pintu belakang berkuasa, sementara varian Signature diserlahkan melalui rim 19-inci.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi upholsteri tempat duduk kulit, tempat duduk pemandu berkuasa enam hala, instrumen digital 10.25-inci, skrin sentuh infotainment 10.25-inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, pad pengecasan wayarles 50W, empat pembesar suara serta penyaman udara automatik.

Bagi varian Signature, ia ditambahkan dengan ciri-ciri seperti panoramic sunroof, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa empat hala, pencahayaan ambien, bantuan pertukaran lorong, pemantauan titik buta, amaran pertukaran lorong, amaran lalu lintas lintas belakang dan kamera 360 darjah.

Jetour Dashing didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu:

  • Vanilla Blue
  • Khaki White
  • Star Black
  • Phantom Grey
  • Tech Grey

Varian Prime dan Signature, kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol yang menghamburkan kuasa 154hp dan tork 230Nm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi dwi-klac enam kelajuan dan mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Economy, Comfort serta Sport.

Untuk harga pula, Jetour bagaimanapun masih belum mendedahkan sebarang butiran harga bagi model ini.

GALERI:

Google ads
Back to top button