Artikel PilihanBuletin

MERCEDES BENZ EQS 2022. MODEL S CLASS DENGAN 770KM

Nampaknya rancangan Mercedes Benz untuk mencabar dominasi Tesla dalam pasaran kereta elektrik mula berhasil apabila mereka mula melancarkan model terbaru sedan S Class. Mercedes meletakkan sasaran jarak perjalanan sejauh 770km bagi setiap kali pengecasan penuh, tertinggi dalam pasaran.

Mercedes Benz EQS ini akan dipasarkan dengan 2 varian iaitu EQS 450+ dan varian yang lebih premium EQS 580 4Matic. Semua model menggunakan sistem bateri yang berkuasa 108.7kWh tapi varian EQS 450 hanya menggunakan satu motor pada roda belakang dengan 329 kuasa kuda dan 550Nm tork

Varian EQS 580 4 Matic pula akan menggunakan sistem 2 motor elektrik (satu motor di roda depan) yang menghasilkan 516 kuasa kuda dan 828Nm tork. Model ini berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat. Walaupun Tesla Model S Long Range lebih pantas pada 3.7 saat, ia hanya boleh dipandu sejauh 646km.

Antara faktor yang menyumbangkan kepada kecekapan penggunaan tenaga dan jarak perjalanan ialah teknologi aerodinamik yang digunakan oleh Mercedes Benz EQS walaupun menggunakan rim aloi biasa. Nilai CoD EQS ialah 0.2 merupakan nilai paling rendah bagi sebuah kereta produksi hari ini.

Bagi pengguna domestik yang perlu mengecas EQS di rumah dengan pin 240V, kereta elektrik ini memerlukan sehingga 11 jam bagi pengecasan penuh. Tapi bagi pengecasan pantas 110kW fast charging, EQS hanya memerlukan masa 35 minit sahaja untuk mengecas dari 10% ke 80%.

Rekaan bahagian depan tampil dengan panel plastik hitam berkilat beserta logo Mercedes dengan rekaan separang lampu LED yang bersambung antara satu sama lain. Motif lampu LED yang bersambung ini juga turut digunakan pada bahagian belakang. Nampak ringkas dan kemas

Kemasan di bahagian dalam didominasu dengan sistem MBUX Hyperscreen sebesar 56 inci dengan teknologi OLED. Paparan 12.3 inci di depan pemandu khusus untuk pemanduan dan unit multimedia pula sebesar 17.7 inci. Penumpang depan juga ada skrin sendiri sebesar 12.3 inci

Penumpang depan boleh menggunakan skrin ini untuk mengaktifkan fungsi mengurut pada kusyen, pemanasan, pengudaraan, mengawal penyaman udara, pencahayaan dan juga sistem audio. Semua penumoang boleh memainkan muzik pilihan dengan menggunakan earphone sambungan Bluetooth

Dalam aspek bantuan pemanduan,EQS menampilkan teknologi MBUX Augmented Reality Navigation yang akan memaparkan arahan pemanduan pada skrin depan dan juga sistem AR Head Up Dispaly. Selain dari itu EQS juga tampil dengan:

1. Distronic Adaptive Cruise Control

2. Lane Departure Warning, Assist dan Keep

3. Brek Pra-Perlanggaran depan dan belakang

4. Model Power Nap, diaktifkan ketika kereta dicas bagi memastikan pemandu dapat berehat selepas memandu jauh. Ia akan merebahkan kusyen, menutup semua cermin termasuk moonroof, memainkan muzik yang tenang dan apabila cukup masa ia akan membangunkan semula anda termasuk memasang lampu kabin

Google ads
Back to top button