Buletin

SKODA KODIAQ RS. ORAIT KE TAK SUV JENAMA REPUBLIK CZECH NI SEBENARNYA?

Skoda Kodiaq ini sebenarnya merupakan SUV yang cukup penting buat pengeluar yang berasal dari Republik Czech ini. Lebih kurang empat tahun yang lalu, Skoda telah pun memperkenalkan model SUV Kodiaq ini buat pertama kalinya dalam rangkaian model kenderaan mereka. Dan kini, Skoda bersedia untuk mempertaruhkan sekali lagi, Kodiaq RS yang baharu, varian Kodiaq yang lebih kelihatan sporty dan laju.

Sebetulnya, Skoda Kodiaq ini antara merupakan jenama penting buat mereka. Skoda Kodiaq sebelum ini pernah memenangi anugerah Best Family Car in the World 2016 (Top Gear), Car of The Year 2017 di Republik Czech, Poland, & Bulgaria serta SUV of the Year di China dan juga Perancis. Menariknya, kini model SUV Skoda Kodiaq ini boleh ditempah dengan konfigurasi tujuh tempat duduk bagi memenuhi citarasa pelanggan yang sudah berkeluarga dan mempunyai deretan anak. Ikut citarasa pengguna.

Rupa luaran SUV yang bersaiz besar ini menggunakan rekaan gril dan bampar yang baharu yang kelihatan lebih elegan dan sporty. Posisi lampu kabus yang lazimnya berada di bahagian bawah telah dianjakkan ke bahagian atas, berhampiran dengan lampu utama yang menggunakan lampu LED Matrix, yang mana ianya mampu menyalakan lampu tinggi tanpa menyilaukan mata pemandu dari arah bertentangan.

Kegarangan SUV ini diserlahkan lagi dengan penggunaan rim bersaiz 20 inci dengan rekaan Sagitarius. Tapi nampak macam tak kena pula. Fancy sangat. Tapi itulah, selera masing – masing kan.

Bahagian ruang dalaman Skoda Kodiaq RS ini menampilkan ciri yang lebih eksklusif berbanding model standard. Tempat duduk jenis bucket yang dibalut dengan upholsteri berwarna yang dikontrakan dengan stitching berwarna merah. Logo RS juga turut disulam pada bahagian tempat duduk bagi memberikan rasa dan kesan yang lebih eksklusif. Di bahagian tengah konsol terletak dengan kemas unit sistem infohiburan yang bersaiz 9.2 inci.

Untuk trenkuasa, Skoda Kodiaq RS ini menggunakan nadi baharu, enjin 2.0 liter TSI yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 245 PS dan juga 370 Nm. Cukup berkuasa. Terima kasih kepada enjin EVO Volkswagen Group yang baharu ini yang lebih berkuasa (lebih 5 PS) berbanding generasi sebelumnya. Malah, enjin ini juga lebih ringan 60 kg berbanding. Dipadankan pula dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan yang baharu, lebih ringan 5.2 kg. Sudah tentu ianya mampu berikan prestasi kenderaan yang lebih berkuasa.

SUV ini bukan sahaja mampu membawa tujuh penumpang dengan selesa, malah ianya turut mempunyai kapasiti ruang kargo yang cukup luas. 520 liter sekiranya kerusi barisan ketiga dilipat dan 1,950 liter sekiranya kerusi barisan kedua turut dilipat. Ternyata Skoda kini tampaknya kian serius untuk terus menerokai pasaran SUV yang sememangnya cukup popular dewasa ini. Kini Skoda mempunyai deretan SUV yang ditawarkan kpeada pengguna meliputi Kodiaq, Karoq, Kamiq, dan yang terbaharu, Kushaq.

BACA : Å KODA Kodiaq vRS, ADAKAH INI SUV ATAU KERETA SPORT?

BACA : SKODA KUSHAQ – SUV KHAS UNTUK RAKYAT INDIA

Google ads

B K

Back to top button