ISUZU D-MAX 2021. 7 VARIAN, PILIHAN ENJIN 1.9L DAN 3.0L, ADAS, BERMULA RM88,599
Isuzu Malaysia akhirnya melancarkan trak pikap popularnya, D-Max ke pasaran tempatan. Sudah memasuki generasi ketiga, pengguna di Malaysia sedikit lewat menerimanya kerana model facelift generasi kedua telah dilancarkan beberapa bulan sebelum model ini dilancarkan.
Isuzu D-Max didatangkan dalam tujuh varian yang dibahagikan kepada empat trim iaitu Standard, Premium, X-Terrain dan Single Cab. Harganya adalah seperti berikut:
- Isuzu D-Max 1.9L 4X4 Single Cab – RM88,599
- Isuzu D-Max 3.0L 4X4 Single Cab – RM95,538
- Isuzu D-Max 1.9L 4X4 MT Standard – RM99,599
- Isuzu D-Max 1.9L 4X4 AT Standard – RM106,999
- Isuzu D-Max 1.9L 4X4 AT Premium – RM121,549
- Isuzu D-Max 3.0L 4X4 AT Premium – RM128,038
- Isuzu D-Max 3.0L 4X4 AT X-Terrain— RM141,938
LUARAN
Seperti yang boleh dilihat, model serba baharu itu tampil dengan rekaan lebih segar. Ia hadir dengan larekter rekaan kenderaan baharu Isuzu yang lebih maskulin.
Gayaannya juga lebih garang menerusi penggunaan gril besar dengan dua bar berwarna hitam. Rekaan bahagian hadapan itu dikatakan lebih ergonomik apabila aliran udaranya telah ditambah baik.
Trak pikap itu menggunakan lampu utama Bi-LED dan bonet berbentuk V yang sporty. Bagi varian teratas iaitu X-Terrain, ia dipasang dengan pengelap cermin enis aerofoil dan nozel pancutan air diletakkan pada wiper arm. Jadi, urusan mencuci cermin boleh dilakukan dengan lebih bersih.
Bagi memberikan ruang kabin lebih senyap, cermin utama ada lapisan penyerap infrared (varian X-Terrain). D-Max dilihat lebih sporty kerana bonet dinaikkan 15mm, manakala garis bumbung direndahkan sebanyak 10mm.
Tapak roda pula ditambah sebanyak 30mm untuk menawarkan ruang kabin yang lebih luas.
Berbanding model terdahulu, D-Max kini memiliki keupayaan mengharung air sehingga 800mm. Kelasakan jentera itu diteruskan dengan pemasangan skid plate besi 1.5mm di depan. Manakala sump guard besi 6.0mm berfungsi melindungi enjin/kotak gear ketika masuk ke laluan off-road.
Untuk varian dengan rim 18 inci, jarak kelegaan tanah kini mencecah 240mm. aspek kemudahan juga tingkatkan dengan fungsi Tailgate Assist untuk varian X-Terrain.
DALAMAN
Masuk ke ruang kabin, anda dihidangkan dengan susun atur dan rekaan papan pemuka yang seperti kereta. Material lembut dan kemasan satin krom untuk membuatkan ruang ini terasa lebih mewah.
Konsol tengah dinaikkan 8mm dan 30mm lebih lebar agar lebih mudah dicapai oleh pemandu. Tuil gear automatik kini lebih pendek bersama indicator gear berlampu.
Saiz stereng lebih kecil, 375mm. Ia dilengkapi butang kawalan audio, telefon (kiri) dan butang kanan untuk Paparan Multi Info (MID) TFT-LCD bersaiz 4.2 inci baharu. Tetapan untuk ciri kselamatan ADAS dan amaran boleh dilakukan menggunakan butang pada stereng.
Paparan infohibur skrin sentuh WXGA 7 inci (varian premium) 9 inci (X-Terrain) hadir dengan ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto dan arahan suara.
Duduk di dalam kabin D-Max juga lebih selesa apabila ruang bahu ditingkatkan sebanyak 20mm. Kusyennya menggunakan busa Anti Vibration Elastic Comfort yang mampu menyerap gegaran. Untuk varian X-Terrain, tempat duduk pemandu boleh ditala secara elektrik 8 cara.
Keselesaan penumpang belakang ditambah dengan adanya corong pendingin hawa dan satu port USB port. Anda juga pasti berpuas hati dengan kualiti sistem audio yang mempunyai 8 unit pembesar suara dan tweeter yang dipasang pada bumbung serta di atas papan pemuka.
Lebih menarik, D-Max didatangkan dengan sistem pendingin hawa dua zon automatik (varian Premium & X-Terrain), lengkap bersama sensor matahari dan suhu kabin. Jadi, pemandu boleh mengekalkan suhu yang dimahukan.
ENJIN
Dmax dikuaskaan oleh dua pilihan enjin iaitu 1.9 liter dengan turbocharger baru, berkuasa 190PS dan tork 450Nm bermula 1,600rpm – 2,600rpm.
Sementara enjin 3.0 liter turbo diesel yang telah ditambah baik pula mampu menjana sekitar 190PS dan tork 450Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear 6-kelajuan baharu.
Enjin itu dilengkapi sistem pancitan bahan api common rail bertekanan tinggi dan dikawal secara elektronik – Variable Geometry Turbocharger System (VGS).
Dial Terrain Command kini diposisikan di papan pemuka, sebelum ini diletakkan di konsol tengah. Jadi, pemandu boleh memilih pacuan dengan lebih cepat misalnya 2H dan 4H dalam masa 0.61 saat sahaja,
CHASIS
Harus tahu bahawa D-Max menggunakan chasis yang paling besar dalam segmen trak pikap. Ia memiliki 8 cross member dan 20 peratus lebih tegar dengan longitudinal rigidity 26 peratus lebih baik.
Ini menyumbang kepada pengendalian yang lebih dinamik dan kurang body roll berbanding generasi terdahulu. D-Max dipasang dengan brek cakera bersaiz 320mm di depan dan gelendong di belakang.
KESELAMATAN
Model terbaharu ini merupakan D-Max yang Paling selamat pernah dikeluarkan oleh Isuzu. Ia dilengkapi dua beg udara (Standard) serta tujuh beg udara bagi varian Premium dan X-Terrain.
Selain mendapat penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP, varian X-Terrain menerima sistem keselamatan ADAS. ADAS menggunakan kamera stereo yang bertindak seperti mata yang mampu mengesan lebih banyak objek dengan tepat berbanding radar dan kamera mono.
Ada fungsi: Turn Assist, Pedal Mis-application Mitigation, Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop/Go Function, Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking (AEB), Automatic High Beam dan Lane Departure Warning System.
Terdapat juga empat unit sensor sonar di depan dan belakang yang memudahkan urusan parkir. Dua unit radar belakang digunakan untuk ciri Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Blind Spot Monitor (BSM). Dengan gabungan kamera stereo, sonar dan radar, X-Terrain mampu menawarkan sistem pengesanan ADAS yang terbaik.
Bukan itu sahaja, varian X-Terrain dan Premium juga ada ciri Passive Entry and Start System (PESS). Di samping ciri kunci sendiri, ‘welcome light’ nyalaan automatik, fungsi Remote Start dari jarak 20 meter dan enjin boleh dihidupkan dari jarak jauh.
Berminat? D-Max ditawarkan dalam lima warna menarik iaitu oren, biru, perak, hitam dan putih.
- BACA: ISUZU D-MAX 1.9L BLUEPOWER PIKAP IDAMAN USAHAWAN IKS, KELUARGA. REKAAN RUGGED, BERGAYA, JIMAT BAHAN API
- BACA: ISUZU D-MAX STEALTH 2020. TERHAD 180 UNIT. KAMERA 360, POWER STEP, BERMULA RM126K
- BACA: ISUZU D-MAX 1.9L JALAN LEBIH 1,000KM, BAWA BEBAN 1 TAN. MASIH ADA BAKI MINYAK. JIMAT BETUL!
- BACA: ISUZU D-MAX 1.9L DAH SAMPAI! BERMULA RM80K SAHAJA!
GALERI