Buletin

MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR GLE 450 4MATIC COUPE AMG LINE & GLE 53 4MATIC+ COUPE. BERMULA RM661K

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini memperkenalkan tawaran terbaharu dalam barisan model SUV menerusi  dua varian Mercedes-Benz GLE coupe iaitu GLE 450 4MATIC Coupé AMG Line dan Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé ke pasaran tempatan. 

Jentera tersebut menggabungkan elemen sporty dan elegan sebuah coupe dengan kejuruteraan SUV bersaiz besar daripada Mercedes-Benz.

GLE 450 4MATIC Coupé AMG Line boleh anda miliki pada harga RM661,000 seunit, manakala  Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé pula berharga RM785,357. 

GLE 450 4MATIC Coupé AMG Line 

GLE 450 Coupé dikuasakan oleh enjin enam selinder sebaris turbo yang mampu menjana 367hp dan tork maksimum 500Nm. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 5.7 saat. 

Enjin 3.0 liter itu kemudian dipadankan dengan kotak gear 9GTRONIC yang meningkatkan lagi aspek pemanduan dinamik SUV ini. Pemandu boleh memilih mode pemanduan iaitu INDIVIDUAL, COMFORT, SLIPPERY, SPORT dan SPORT+ melalui tombol kawalan rotari DYNAMIC SELECT pada konsol tengah. Ia  

Dari segi penggunaan bahan api pula, GLE 450 4MATIC Coupé menawarkan penjimatan sekitar 9.2l/100km. Sementara Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé menggunakan 9.6 liter petrol bagi setiap 100km.

 Kedua-dua model itu didatangkan dengan sistem suspensi udara AIRMATIC, satu ciri peredam boleh laras adaptif yang menggunakan sistem sensor dan algoritma kompleks bagi mengadaptasi karekter redaman bergantung kepada kondisi jalan pada masa sebenar. Hasilnya, ia menjanjikan keselesaan di sepanjang perjalanan. 

GLE 450 4MATIC Coupé memiliki dimensi 4,939mm panjang dan dan lebar 2,010mm, 39mm lebih panjang dan 7mm lebih lebar berbanding model sebelumnya.

Jentera itu diserlahkan dengan gril radiator berbentuk berlian bersama kemasan krom horizontal pada bahagian tengahnya dan apron hadapan. Sama seperti lampu utama, lampu belakang juga menggunakan teknologi LED yang cukup menarik. 

Ruang kabin SUV itu dimewahkan dengan dua paparan skrin bersaiz 31.2 inci dan panel instrumen yang diposisikan secara melintang.

Bahagian atas papan pemuka menggunakan upholsteri kulit ARTICO. Tempat duduk dan dibalut stereng pula dibalut dengan kulit Nappa. 

Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé

Mercedes-AMG GLE 53 Coupé pula dijana oleh enjin enam selinder sebaris turbo berkuasa 435hp dengan tork puncak 520Nm.

Dipadankan dengan kotak gear AMG SPEEDSHIFT TCT 9G 9 kelajuan automatik menawarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat sahaja. Ciri EQ Boost pula menawarkan kuasa tambahan 22hp dan 250Nm tork untuk tempoh yang singkat. 

Kuasa tersebut disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ boleh ubah sepenuhnya untuk prestasi cengkaman terbaik.

Pemandu boleh memilih dtujuh mode pemanduan iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Invidual yang disempurnakan lagi dengan dua talaan khusus untuk off-road, Trail dan Sand. 

AMG DYNAMIC SELECT ini akan menukar parameter penting seperti maklum balas enjin, transmisi, karekor pendikit, stereng, redaman suspensi dan bunyi enjin.

Pemandu boleh memilih mode pemanduan ini melalui suis di konsol tengah dan butang pada stereng. Program yang dipilih kemudian akan dipaparkan di kluster instrumen dan paparan multimedia. 

Bahagian luarannya diserlahkan menerusi pakej AMG Line, pakej AMG Night, spoiler AMG, lampu utama LED Multibeam, Adaptive Highbeam Assist Plus, rim forged AMG 22 inci, sistem ekzos prestasi AMG tip berkembar, projeksi logo serta cermin suria panorama. 

Ruang kabin pula dipasang dengan skrin berkembar 12.3 inci MBUX, sistem audio premium Burmester, ciri ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, paparan head-up, slot pengecasan tanpa wayar, pakej AIR BALANCE, pencahayaan ambien, trim gentian karbon AMG, karpet AMG, pakej AMG Line, stereng AMG dibalut kulit nappa, sill panel AMG beriluminasi, tempat duduk larasan elektrik dengan fungsi memori dan kawalan suhu THERMOTRONIC.

Aspek keselamatan dipertingkatkan melalui kamera 360 darjah, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Parking Assist PARKTRONIC, Active Steering Assist, sistem Pre-safe, sistem pemantauan tekanan tayar dan banyak lagi. 

GALERI

Google ads
Back to top button