Motosikal

BUAT AKSI BERBAHAYA KETIKA BERKONVOI, GENG YSUKU KEMPUNAN NAK MAKAN IKAN PATIN TEMERLOH

Kerana melakukan aksi berbahaya ketika berkonvoi dari Kuala Lumpur, sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal Yamaha Y15 ditahan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Ops Samseng Jalanan hari ini.

Kumpulan itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Temerloh untuk hidangan ikan patin. 

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain memberitahu aksi penunnggang motosikal berkenaan dikesan kira-kira jam 11.15 pagi.

Mereka didakwa menunggang dengan laju dan berbahaya seperti membuat zig-zag dan menundukkan badan ala superman.

“Mereka dikatakan dari Kuala Lumpur ke Temerloh untuk makan ikan patin. Tidak lama kemudian, semua penunggang motosikal terbabit berhenti di Plaza Tol Temerloh sebelum ditahan,” katanya kepada Sinar Harian

Menurut Mohd Nadzri lagi, kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan. Polis turut menyita kesemua motosikal Yamaha Y15ZR.

Semua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian 

Google ads
Back to top button