
MERCEDES GLC EQ DATANG DENGAN JERIJI BESAR GAJAH
Walaupun BMW telah beralih daripada rekaan jeriji buah pinggang besar gedabak pada iX3 generasi kedua yang diumumkan lewat minggu lalu, Mercedes-Benz telah menongkah arus dengan jeriji besar, melalui model GLC baharu dengan Teknologi EQ pada penampilan sulungnya di Munich.
SUV serba elektrik itu akan menyertai barisan Mercedes pada separuh pertama 2026, bertindak sebagai pengganti kepada EQC yang kurang laris.
Secara visual, GLC baharu dengan Teknologi EQ mempunyai rekaan yang serupa dan bentuk yang biasa dengan GLC berkuasa ICE semasa, tetapi menampilkan rekaan hadapan dan belakang serba baharu untuk jenama Mercedes.

Elemen paling menarik dalam reka bentuk baharu itu ialah tafsiran semula gril Mercedes, kini ditawarkan dalam versi bercahaya dengan 942 titik lampu latar belakang. Sesetengah orang akan menyukainya, manakala yang lain akan menganggap ia taktik pemasaran , tetapi tidak dinafikan ia menarik perhatian.
Lampu hadapannya juga serba baharu dan menampilkan lampu nyalaan siang LED berbentuk bintang, elemen reka bentuk yang akan menjadi tandatangan di seluruh barisan Mercedes. Rombakan rekaan juga dilakukan di bahagian belakang, termasuk lampu LED berbentuk bintang yang serupa dan spoiler bumbung dua keping.
Reka bentuk berteknologi tinggi diserlahkan oleh MBUX Hyperscreen baharu yang lancar, berukuran 39.1 inci (99.3 cm) dan menggunakan keseluruhan lebar papan pemuka.

Di tempat lain, sistem pencahayaan ambien telah dipasang, malah boleh ditambah pada bumbung kaca panoramik standard. Bahasa rekaan ini turut diikuti pada rekaan papan pemuka dengan rekaan corong penyaman udara bulat di bahagian tepi dan corong penyaman udara diletakkan di bahagian bawah
Terdapat juga dua pemegang cawan dan dua pengecas telefon tanpa pada konsol tenga terapung, menjadikan reka bentuk yang sangat minimalis mengikut piawaian Mercedes-Benz.
Jarak antara roda GLC dengan EQ menjangkau 12,972 mm, menjadikannya 8 cm lebih panjang daripada model ICE. Ini meningkatkan ruang kaki depan dan belakang serta ruang kepala. Terdapat juga 570 liter ruang kargo di bahagian belakang dan frunk 128 liter.

Semua versi GLC elektrik menggunakan pek bateri litium-ion 94 kWh yang sama. Mercedes telah mengesahkan trenkuasa EV versi GLC 400 4MATIC menjana 483 hp melalui sistem motor berkembar, tetapi empat versi lain akan menyusul.
Mercedes berkata GLC EQ dapat dipandu sehingga 713 km dengan sekali cas di bawah kitaran WLTP. Terima kasih kepada pek bateri generasi baharu, GLC EQ juga menyokong kelajuan pengecasan DC sehingga 330 kW, bermakna jarak 300 km boleh ditambah dalam masa 10 minit sahaja.
Pembeli boleh memesan GLC baharu dengan suspensi udara Airmatic yang sama seperti S-Class, lengkap dengan stereng gandar belakang dan kawalan suspensi pintar, bertujuan untuk meningkatkan keselesaan. Supensi ini boleh berkomunikasi dengan infrastruktur lalu lintas untuk mengesan dan bertindak balas terhadap benjolan yang akan berlaku di jalan raya.

Sistem gantungan udara juga menggunakan data Peta Google untuk memastikan kereta berada dalam tetapan paling rendah selama mungkin, untuk meningkatkan kecekapan. Contohnya, jika anda berada di lebuh raya dan terpaksa memperlahankan kenderaan untuk kerja-kerja jalan raya, GLC akan kekal dalam kedudukan rendah.
Mercedes-Benz mengetengahkan sistem penjanaan semula brek (regeneratif) yang dipertingkatkan dengan ketara. Empat tahap pemulihan yang berbeza tersedia, dengan tetapan tertinggi menyediakan sehingga 300 kW untuk mengecas bateri ketika brek dilakukan.