Buletin

MICK SCHUMACHER BAKAL PANDU JENTERA LEGENDA FERRARI 2004 DI GP MUGELLO

Mick Schumacher, anak legenda Formula Satu yang juga juara dunia tujuh kali, Michael bakal tampil dalam perlumbaan F1 menjelang Grand Prix Tuscan pada hujung minggu ini.

Ia merupakan sebahagian daripada Ferrari meraikan Grand Prix ke-1000 di GP Tuscan, Mugello.

Pemandu Formula 2 bersama pasukan Prema Theodore Racing itu akan memandu jentera Schumacher yang memenangi gelaran 2004 di litar terbabit sebelum perlumbaan.

Ini bukan kali pertama Mick mengendali jentera berkenaan kerana dia pernah memandunya di Hockenheim pada tahun lalu di GP Jerman.

Menurut Ferrari, demonstrasi berkenaan sebagai penghormatan bagi kereta Scuderia paling berjaya dan pemandu Michael Schumacher yang tiada galang ganti.- agensi

Google ads
Back to top button