Buletin

HAMILTON ATLET PALING KAYA DALAM SEJARAH BRITAIN, RM1.18 BILION

Pelumba pasukan Mercedes-AMG, Lewis Hamilton dinobatkan sebagai atlet Britain paling kaya dalam sejarah negara itu, menurut Sunday Times Rich List 2020. 

Juara enam kali F1 itu dilapor mempunyai kekayaan berjumlah £224 juta (RM1.18 bilion), naik £37 juta (RM196 juta) tahun lalu.

Hamilton yang berpangkalan di Monaco memiliki kontrak bersama Mercedes bernilai sehingga £40 juta (RM212) juta setahun termasuk bonus serta pelbagai penajaan mewah. 

Dia menjadi pelumba F1 kedua paling berjaya dalam sejarah sukan tersebut selepas Micheal Schumacher. Pelumba berusia 35 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Ferrari berikutan Sebastian Vettel meninggalkan pasukan berkenaan.  

Namun, khabar angin itu tidak menjadi kenyataan apabila Ferrari memilih Carlos Saintz sebagai pelumba baharunya. 

Hamilton memintas kekayaan lagenda bola sepak Britain David Beckham yang pada ketika persaraannya (tahun 2013) memiliki kekayaan £200 juta (RM1.06 bilion) bersama isterinya, Victoria. 

Selain Hamilton, ahli sukan lain yang turut tersenarai dalam Sunday Times Rich List 2020 ialah pemain golf Rory Mcllroy dengan kekayaan £170 juta (RM902 juta).

Ini diikuti oleh pemain bola sepak Gareth Bale (£114 Juta, RM605 juta) dan peninju profesional, Anthony Joshua yang memiliki kekayaan £107 juta (RM568 juta). 

Google ads
Back to top button