Buletin

10 PEMANDU F1 TERPANTAS SEPANJANG MASA

Ayrton Senna dinobatkan sebagai pelumba Formula 1 (F1) terpantas sepanjang masa dengan mengenepikan Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.

Dalam kajian rasmi F1 yang menggunakan kaedah “analisis jentera” dan “teknologi cloud”, ia menyasarkan perbandingan para pelumba F1 sepanjang empat dekad berdasarkan kelajuan sesi kelayakan.

F1 menggunakan teknologi daripada penaja Amazon Web Services (AWS) dalam mencapai kesimpulan keputusan tersebut.

Ia mendakwa kedudukan para pelumba sejak dari 1983 dicapai  dengan menghilangkan persembahan relatif jentera mereka.

Teknologi AWS, turut memberi maklumat terkini berhubung prestasi tayar pada perlumbaan yang sering dikutuk peminat di platform media sosial.

Keputusan tersebut mengundang kontroversi kerana tidak menyenaraikan juara dunia seperti Alain Prost, Nelson Piquet, Nigel Mansell, Mika Hakkinen dan Kimi Raikkonen.

Ia berikutan, senarai itu menampilkan pelumba pasukan pertengahan seperti Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli.

F1 tidak memberikan perincian tepat bagaimana keputusan diperoleh tetapi sistem tersebut menggunakan data matriks membandingkan rakan sepasukan antara satu sama lain sepanjang era.

Menurut bekas jurutera Ferrari dan Williams, Rob Smedley yang kini bekerja dengan F1, pasukan-pasukan F1 menggunakan pendekatan sama ketika membuat keputusan pemandu yang bakal mewakili pasukan mereka. – espn.

SENARAI 10 PELUMBA F1 TERPANTAS SEPANJANG MASA:-

1. Ayrton Senna
2. Michael Schumacher
3. Lewis Hamilton
4. Max Verstappen
5. Fernando Alonso
6. Nico Rosberg
7. Charles Leclerc
8. Heikki Kovalainen
9. Jarno Trulli
10. Sebastian Vettel

Google ads
Back to top button