Artikel Pilihan

LITAR MONACO, NAMPAK MENARIK TAPI MENCABAR

Siapa yang tidak kenal dengan Litar Monaco yang menjadi litar perlumbaan rasmi beberapa acara perlumbaan besar termasuklah perlumbaan Formula 1. Selain daripada dikelilingi oleh bangunan, pelabuhan serta hotel yang dibina indah Litar Monaco juga disifatkan sebagai litar yang berbahaya.

Michael Schumacher menyifatkat litar ini jika tidak boleh dimasukkan ke dalam kalendar perlumbaan F1 melainkan ia telah menjadi litar tradisi dan bahaya yang dihadapi oleh pelumba adalah boleh diterima memandangkan mereka akan berlumba di sini sekali dalam setahun. Nelson Piquet pula mengatakan berlumba di Monaco adalah ibarat menunggang basikal di ruang tamu dalam rumah.

Ini fakta pantas berkenaan Litar Monaco untuk pembaca Mekanika

1. Sejarah – Monaco mula diduduki oleh manusia semenjak tahun 1215 apabila ia dijadikan sebagai salah satu koloni Genoa. Litar ini merupakan jalan raya biasa yang digunakan oleh penduduk Monte Carlo. Pada tahun 1929, Antony Noghes Presiden Automobile Clud de Monaco yang merupakan kawan baik kepada keluarga pemerintah Grimaldi mencadangkan agar jalan di sekitar Monaco dijadikan trek perlumbaan.

2. Kalendar Perlumbaan – Perlumbaan Grand Prix Monaco dimasukkan dalam kalendar F1 bermula pada tahun 1950 dan tidak pernah dikeluarkan semenjak dari itu. Monaco juga diiktiraf sebagai Triple Crown of Motorsport, iaiatu pencapaian tidak rasmi seorang pelumba yang boleh memenangi perlumbaan di Litar ini selain Indianapolis 500 dan juga Le Mans 24 hours.

3. Panjang litar ini ialah 3.337km untuk satu pusingan lengkap yang mengandungi 19 selekoh. Pelumba perlu melengkapkan 78 pusingan bagi mendapat kemenangan dengan jarak keseluruhan perlumbaan ialah 260.52km. Selekoh paling mencabar di sini mencatatkan kelajuan sekitar 41km/j untuk melepasi selekoh pada sudut 180 darjah yang dinamakan Grand Hotel Hairpin. Tambah mencabar selekoh ini perlu menuruni bukit menyebabkan pemandu perlu mencari teknik pemanduan yang betul

4. Disebabkan litar ini banyak selekoh tajam dan tidak banyak laluan lurus, cubaan memintas di litar ini boleh dikatakan hampir mustahil. Jadi pasukan F1 yang berlumba di Monaco perlu mendominasi kedudukan yang terbaik semasa pusingan kelayakan, merancang strategi perlumbaan agar masa pengisian bahan api dan penukaran tayar

5. Walaupun Litar Monaco amat mustahil untuk aksi memotong, namun ia tidak menghalang Master of Rain untuk memotong pelumba lain ketika perlumbaan diadakan dalam keadaan hujan lebat pada tahun 1984 di Monaco. Senna mampu memintas Niki Lauda dari pasukan McLaren dan mengejar Alain Prost walaupun ketinggalan 35 saat di belakang. Walaubagaimanapun perlumbaan pada 1984 dihentikan atas alasan keselamatan

Sehingga ke hari ini Senna masih memegang rekod kemenangan tertinggi di Monaco iaitu 6 kali di tempat pertama, diikuti oleh Michael Schumacher dan Graham Hill sebanyak 5 kali

6. Antara masalah teknikal yang dihadapi oleh pasukan perlumbaan ketika berlumba di Litar Monaco ialah perlumbaan diadakan pada halaju yang lebih perlahan daripada biasa yang akan memberi masalah kepada sistem penyejukan enjin yang bergantung sepenuhnya pada aliran udara yang laju.

Masalah yang kedua ialah brek karbon yang digunakan pada jentera F1 memerlukan suhu yang tinggi untuk beroperasi pada keadaan optimum dengan brek akan digunakan secara maksima sebelum chicane selepas terowong. Ini akan menyebabkan permukaan brek menjadi sangat licin seperti cermin. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan rekaan rotor radial groove bagi menambah cengkaman brek

7. Disebabkan Litar Monaco ada banyak selekoh tajam dan tiada laluan lurus, beberapa perubahan terpaksa dilakukan oleh jentera F1. Ini termasuklah mengubah gear ratio menjadi lebih pendek untuk pecutan (mulai diharamkan oleh FIA bermula 2014), menggunakan gear steering yang lebih agresif bagi mendapatkan sudut selekoh yang lebih baik, ciri aerodinamik yang lebih agresif bagi membuatkan kereta stabil ketika pecutan dan memendekkan jarak membrek

8. Walaupun Senna menang paling banyak di Monaco, tapi masa terpantas di Monaco dicatatkan oleh Lewis Hamilton dengan catatan masa 1 minit 10.166 saat semasa pusingan kelayakan. Kimi Raikonen pula mencatatkan masa 1 minit 12.178 saat pada tahun 2017. Catatan masa terpantas ketika perlumbaan pula dipegang oleh Max Verstappen dengan masa 1 minit 14.26 ketika Grand Prix 2018.

Litar Monaco dengan selekoh tajam adalah tempat yang amat mementingkan kemahiran pemandu dan bukannya keupayaan jentera.

Grand Prix Monaco, round 05, Race 27-05-2007 Photo: Peter van Egmond *** Local Caption *** .

9. Walaupun Litar Monaco kelihatan sangat berbahaya, namun jumlah kematian di Litar ini amat rendah. Semenjak dari tahun 1929 sehingga ke hari ini, hanya 4 kematian yang dicatatkan berkaitan dengan perlumbaan iaitu pada tahun 1948, 1952, 1962 dan akhir sekali pada tahun 1967.

10. Persiapan untuk mengadakan perlumbaan ini sangat rumit dengan penganjur memerlukan masa sehingga 6 minggu bagi menyiapkan litar ini mengikut spesfikasi keselamatan yang telah ditetapkan oleh FIA. Selepas perlumbaan tamat, penganjur perlu mengambil masa selama 3 minggu bagi membuka semua peralatan yang telah dipasang.

11. Sektor yang paling sukar bagi pemandu F1 ketika perlumbaan ialah ketika memasuki Grand Hotel Hairpin pada kelajuan 41km/j pada gear 1, diikuti selekoh Virage du Portier pada kelajuan 125km/j dengan gear 2, sebelum memasuki terowong pada kelajuan 260km/j. Pencahayaan dalam terowong yang sedikit gelap menjejaskan fokus pemandu kerana mereka berhadapan dengan perubahan cahaya yang sangat pantas dan memerlukan mata yang boleh mengadaptasi pencahayaan dengan cepat.

Masalah pada hari hujan pula ialah perubahan cengkaman pada permukaan jalan, kerana permukaan litar yang kering dalam terowong. Sebaik sahaja keluar dari terowong litar akan menjadi basah semula. Pemandu perlu membrek, menukar pada gear 2 pada halaju 85km/j di Nouvelle Chicane.

Google ads
Back to top button