Buletin

MILIKI 24 JENTERA REPLIKA FAST AND FURIOUS. INI BARU FANATIK!!!

Ini bukan biasa-biasa, sebuah premis yang terletak Edmonton, Kanada menjadi hab koleksi jentera replika Fast and Furious paling mengujakan di dunia.

Lelaki bernama Jorge yang tampil dalam video Roads Untraveled merupakan pemilik 24 jentera berdasarkan filem francais popular tersebut.

Salah satu koleksi replika tersebut yang menyamai rekaan asal merupakan model Nissan Skyline R34 GT-R Bayside Blue dipandu Paul Walker dalam Fast and Furious 4.

Selain itu, lelaki ini turut memiliki jentera Skyline GT-R berwarna perak dan biru sama seperti yang digunakan ketika 2 Fast 2 Furious.

Kenderaan lain yang menarik perhatian termasuk Supra berwarna jingga digunakan Walker dan VW Jetta dipandu Jesse pada filem pertama.

Kalau anda masih ingat jentera yang dipandu Han dalam filem Tokyo Drift, Jorge turut memilikinya, Mazda RX-7 Veliside Fortune.

Jorge mendedahkan terdapat antara koleksi replika berkenaan, dia membeli dengan model asal manakala selebihnya dimodifikasi di kedainya untuk menyerupai jentera di dalam filem tersebut.

Dia menjelaskan banyak kenderaan yang dibeli diimport terus dari Jepun.

Jentera terbaharu pada koleksi Jorge, merupakan Toyota Supra 2020 yang bakal membuat kemunculan dalam francais terbaharu filem ke-9.

Biarpun, sudah memiliki pelbagai jentera, Jorge dalam proses membikin tujuh atau lapan lagi replika termasuk Honda S2000 berwarna merah jambu dipandu Suki. – carscoops.

Google ads
Back to top button