Artikel Pilihan

21 UNIT KENDERAAN KOLEKSI PAUL WALKER BAKAL DILELONG – BUKAN SEBAB KENA TARIK BANK

Tidak kurang dari 21 unit kenderaan milik mendiang Paul Walker akan dilelong pada acara lelongan Barret-Jackson’s Scottsdale Auction Januari depan. Ia termasuklah beberapa buah kereta dan motosikal dari serata dunia yang dihasilkan dalam era yang berbeza-beza.

Antara yang paling menarik perhatian ialah sepasang BMW M3 E30 yang dikeluarkan dari tahun 1988-1991. Kalau sepasang tak mencukupi untuk anda, terdapat tidak kurang dari lima unit M3 E36 versi Lightweight dalam koleksi yang sama. Hebat juga koleksi BMW M3 Officer Brian ni boh.

Lebih menarik lagi ialah macam mana sampai lima unit model ini boleh dimiliki oleh aktor terkenal tersebut memandangkan hanya 115 unit model Lightweight seperti itu dihasilkan oleh BMW. Satu unit model yang sama pernah terjual dengan harga hampir RM650,000 satu ketika dahulu! Jadi tidak syak lagi model ni memang boleh buat duit.

Masih tak cukup lagi? Jangan bimbang kerana Walker juga merupakan seorang peminat muscle car dari dekad 60-an. Antara model muscle car yang menarik ialah Chevrolet Nova Wagon 1963, Chevrolet Chevelle Wagon 1964 dan Chevrolet II Nova 1967.

Model lain yang menarik perhatian pula ialah sebuah Ford Bronco dan sebuah Nissan 370Z 2009 yang siap diubahsuai dan pernah muncul dalam filem Fast Five. Malah terdapat juga sebuah Ford Mustang Boss 302S 2013 dan trak pikap Ford F-250 keluaran tahun 2003.

Watak Walker dalam siri Fast and Furious menonjolkan sisi beliau yang sangat menyukai kereta-kereta sports Jepun jadi tak hairanlah beliau turut memiliki  sebuah Nissan Skyline GT-R R32 keluaran tahun 1989 (ada sesiapa mencari buah pinggang tak?).

Senarai penuh kenderaan Paul Walker yang bakal dilelong:

-1963 Chevrolet Nova Wagon
-1964 Chevrolet Chevelle Wagon
-1967 Chevrolet II Nova
-1988 BMW M3 E30
-1989 Nissan R32 Skyline Race Car (Pok Ya dah booked tapi duit tak cukup lagi)
-1991 BMW M3 E30 Coupe
-1995 BMW M3 E36 Lightweight
-1995 BMW M3 E36 Lightweight
-1995 BMW M3 E36 Lightweight
-1995 BMW M3 E36 Lightweight
-1995 BMW M3 E36 Lightweight
-1995 Ford Bronco SUV
-2000 Audi S4
-2003 Ford F250 Pickup
-2004 GMC Sierra 1500 Pickup (AJ dah booking nak buat punggah baja organik katanya)
-2005 Harley-Davidson RS (motosikal)
-2006 Toyota Tundra Pickup
-2008 Suzuki (motosikal – tapi rasanya bukan RG Sports ni)
-2009 Nissan 370Z
-2011 BMW (motosikal)
-2013 Ford Mustang Boss 302S Race Car

Tags
Google ads
Back to top button