Buletin

FRANCAIS THE FAST AND THE FURIOUS BAKAL DITAMATKAN SELEPAS FILEM KE-11. BAGUSLAH….

19 tahun lalu, tidak ramai yang menyangka filem The Fast and the Furious mampu menjadi satu francais filem bernilai berbilion dollar, melibatkan sembilan filem dan beberapa rancangan televisyen. 

Namun, perjalanan panjang itu dilaporkan bakal berakhir selepas filem ke-11. Tidak banyak perincian yang diberikan, tetapi filem ke-10 dan ke-11 arahan Justin Lin yang sebelum ini pernah mengarahkan The Fast and the Furious: Tokyo DriftFast & Furious, Fast & Furious 6 dan F9. 

Penonton boleh mengharap semua pelakon yang terlibat seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Jordana Brewster Ludacris dan ramai lagi akan kembali bergabung.

Walaupun mungkin ada yang berasa sedih dengan penamatan francais filem ini, pengakhiran yang telah dirancang rapi membolehkan penulis skrip menamatkan karekter-karekter dengan lancar. 

Maksudnya, pengakhiran kisah itu tidak akan dibiarkan tergantung yang mungkin membuatkan penonton perlu menunggu filem yang seterusnya. 

Sedia maklum bahawa edisi ke-9 filem The Fast and the Furious sudah beberapa kali tertangguh. Tarikh terbaharuya kini dianjak ke bulan Mei 2021 berikutan penularan pandemik.

Google ads
Back to top button