Buletin

MINI COUNTRYMAN BLACKHEATH EDITION. TERHAD 48 UNIT SAHAJA, RM253,888

MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan edisi terhad terbaharunya, MINI Countryman Blackheath Edition. Hadir dalam warna hitam yang mengambil inspirasi daripada rimba gelap di Blackheath, tenggara London, ia terhad kepada 48 unit sahaja. 

Sepanjang tahun 2019, 50 peratus daripada 600 unit MINI yang diserahkan kepada pelanggan di Malaysia ialah Countryman.

Teruja dengan prestasi itu, MINI Malaysia mengambil keputusan untuk memperkenalkan Countryman Blackheath Edition yang pertama di Asia Tenggara. 

Jentera itu menjadi Countryman pertama yang dijana oleh enjin MINI TwinPower Turbo. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 192hp dan tork 280Nm, enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar sports 7-kelajuan.  Jadi ia berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.5 saat dengan pecutan maksimum 225km/j. 

Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 6.6 liter bagi setiap 100km. Penjimatan itu disumbang oleh fungsi start/stop, selain ciri cruising ketika model MID dan GREEN digunakan. Fungsi itu membolehkan kereta meluncur pada kelajuan melahu dengan penggunaan minyak yang minimum.  

Seperti yang boleh dilihat, Countryman Blackheath Edition didatangkan dalam warna hitam pertama bagi jentera tersebut. Penampilannya diserlahkan lagi dengan jalur matte aluminium pada bonet. 

Kemasan piano black pada perumah lampu hadapan, belakang, gril depan, hendal pintu, emblem depan belakang dan lencana COUNTRYMAN pada bonet yang eksklusif untuk model ini.

Lebih menarik, ia dilengkapi lampu kabus LED dan permah cermin sisi aerodinamik yang mula-mula dipasang pada MINI John Cooper Works Countryman 306HP tahun lalu. 

Bukan itu sahaja, Countryman Blackheath Edition didatangkan dengan rim John Cooper Works Circuit Spoke bersaiz 19 inci bersama tayar jenis run-flat dan bodykit John Cooper Works Aerodynamic. 

Mazda CX30

Anda pasti kagum dengan ruang kabin MINI edisi terbaharu ini. Bumbungnya dipasang dengan material Anthracite dan tempat duduk dibalut kulit berwarna hitam karbon. Tidak ketinggalan, trim MINI Yours Illuminated membolehkan pemandu menukar 12 warna ambien menerusi satu butang sahaja. 

Alunan muzik dihidangkan melalui sistem bunyai Harman Kardon bersama 12 unit pembesar suara berprestasi tinggi dengan DSP Amplifier teknologi Class-D 360 watt. 

Ciri kemudahan lain yang ada pada Countryman Blackheath Edition ialah sistem navigasi MINI. Ia dioperasi melalui skrin sentuh bersaiz 8.8 inci, konsol tengah atau kawalan suara.

Jentera itu juga dilengkapi MINI Connected bersama teknologi SIM 4G binaan dalam. Tidak cukup? Ia pun ada ciri Apple CarPlay, Concierge Services, MINI Online dan MINI Remote Services.   

Countryman Blackheath Edition ditawarkan pada harga RM253,888 seunit. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button