Buletin

HONDA JADI PENGELUAR KERETA JEPUN PERTAMA PRODUKSI EV DI THAILAND – BAKAL LANCAR HONDA e:N1 TAHUN DEPAN

Honda menjadi pengeluar kereta Jepun pertama secara rasmi memulakan pengeluaran SUV elektriknya, e:N1, di Thailand.

Unit e:N1 pertama dengan alat ganti tempatan dikeluarkan dari barisan pengeluaran di kilang Honda di Taman Perindustrian Rojana di Prachinburi, seperti yang disahkan oleh Honda Automobile (Thailand) Co Ltd.

Ini meletakkan Honda sebagai pengeluar kereta Jepun pertama yang mengeluarkan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) di Thailand.

Syarikat itu berkata butiran pelancaran untuk Honda e:N1 bakal diumumkan pada suku pertama tahun depan.

Honda berkata pengeluaran SUV elektrik di Thailand menunjukkan keyakinannya terhadap industri automotif negara itu.

Tambahnya lagi, pengeluaran tempatan juga dijangka meningkatkan nilai industri dengan penggunaan alat ganti tempatan serta pengambilan pekerja tempatan.

Honda percaya e:N1 akan memberi pembeli kereta Thai pilihan tambahan, di samping kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman dan sistem e:HEV hibrid penuh.

“Honda bersedia untuk bergerak ke arah matlamat 2030 untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 2 juta kenderaan elektrik bateri [BEV] di seluruh dunia,” kata syarikat itu.

Sesetengah pakar industri menyifatkan kereta itu sebagai “pada asasnya HR-V tanpa enjin”, merujuk kepada SUV sport premium Honda dengan rangkaian kuasa hibrid penuh.

Laporan mengatakan kereta itu akan diberi tanda harga lebih daripada 1.5 juta baht (RM200,741), sebelum subsidi kerajaan.

Google ads
Back to top button