Buletin

MITI DIJANGKA BENARKAN KILANG AUTOMOTIF BEROPERASI SEMULA MINGGU DEPAN

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dijangka membenarkan sektor pengilangan automotif beroperasi semula bermula minggu hadapan.

Menurut sumber yang rapat dengan industri ini memberitahu, perbincangan sedang berjalan dan hampir dimuktamadkan. Secara dasarnya, pihak MITI bersetuju untuk membenarkan kilang pengeluaran kenderaan beroperasi semula.

Terdahulu, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri, UMW Toyota Motor dan Honda Malaysia dilapor telah memberhentikan operasi kilang masing-masing.

Menurut laporan Nikkei Asia, Toyota sudah menutup dua buah kilangnya pada Khamis. Apabila ditanya bilakah kemudahan itu akan dibuka semula, jawapan yang diterima ialah “keputusan akan dibuat nanti.”  

Honda pula menggantung operasi dua buah kilangnya sehingga 26 Januari 2021, tarikh akhir PKP 2.0.  

Pada tahun 2019, Toyota mengilang kira-kira 61,000 buah kenderaan di Malaysia melibatkan model kompak Yaris dan trak pikap Hilux.

Kapasiti tahunan kilang motosikal Honda pula ialah 300,000 unit setahun, manakala kilangnya di Pegoh Melaka mampu menghasilkan 100,000 unit kereta seperti model City, Civic dan Accord setahun.  

Pengeluar kereta tempatan Perodua yang disokong oleh Daihatsu Motor juga terpaksa mengambil langkah sama. Berjaya mencatat jualan sebanyak 220,000 unit kenderaan tahun lalu, Perodua menguasai 40 peratus pasaran automotif tempatan.

Pada Selasa lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 hingga 26 Januari 2020 dalam usaha mengekang jangID-19 yang semakin memburuk. PKP menyebabkan banyak industri penting tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Malangnya, pemasangan kenderaan termasuk dalam senarai industri penting tersebut. Malaysia merupakan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas Thailand dan Indonesia.

Google ads
Back to top button