Buletin

500KG KETUM DISUMBAT DALAM PERSONA. SUSPEK CABUT LARI

Setengah tan daun ketum bernilai kira-kira RM15,000 ditemui dalam sebuah kereta Proton Persona yang ditinggalkan penyeludup di Felda Rimba Mas, Padang Besar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mendapati Proton Persona terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Semadong.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, menyedari kenderaan diekori, suspek telah memecut kea rah Padang Besar. “Suspek kemudiannya memandu ke kawasan perumahan di Felda Rimba Mas sebelum meninggalkan kereta dan melarikan diri ke kawasan ladang getah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, dalam pemeriksaan yang dilakukan ke atas kenderaan berkenaan mendapati terdapat 50 bungkus plastik berisi daun ketum dipercayai mahu diseludup ke Thailand.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – HM

Google ads
Back to top button