Buletin

MITSUBISHI DIPILIH SEBAGAI KONTRAKTOR UTAMA BANGUNKAN PESAWAT PEJUANG F-X

Mitsubishi Heavy Industries (MHI) telah dipilih sebagai kontraktor utama untuk program pembangunan pesawat pejuang generasi seterusnya, F-X. Perkara itu dimumumkan oleh Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi.  

Pengumuman itu dilihat tidaklah mengejutkan keraan MHI merupakan firma paling berpengalaman dan menjadi satu-satunya pengeluar pesawat pejuang supersonic di Jepun. MHI kini menghasilkan pesawat latihan pertempuran Mitsubishi F-1, Mitsubishi F-2 dan F-16C. 

Kishi turut mengumumkan bahawa Jepun kini sedang mencari rakan kerjasama MHI untuk menyediakan penyelesaian teknikal, terutama teknologi stealth. Rakan tersebut akan dipilih menjelang hujung tahun ini dan Lockheed Marton dijangka dipilih. 

Dana penyelidikan dan pembangunan akan disalurkan kepada MHI tidak lama lagi. Bagi tahun 2021, Kementerian Pertahanan Jepun menjangkakan dana berbilion Ringgit untuk projek pesawat pejuang berkenaan.

Biarpun kemajuan teknikal dan ekonomi dalam pembinaan pesawat pejuang moden kian meningkat, industri di Jepun dilihat perlu pantas belajar dan membangunkan enjin moden, radar kelas AESA dan teknologi stealth. 

Biarpun begitu, beberapa program sudah dijalankan dan banyak pengalaman telah ditimba. Misalnya pesawat ATD-X demonstrator yang diuji pada tahun 2016 hingga 2018. 

Kini, program pembangunan pesawat pejuang Jepun yang melibatkan kerangka udara dan reka bentuk enjin dijangka bermula pada Mc 2021. Pembinaan prototaip pertamanya pula menjelang tahun 2024 dan memulakan ujian penerbangan pada tahun 2028. Ia dilihat selari dengan pembinaan pesawat pejuang Korea, Boramae. 

Namun, pesawat pejuang generasi akan datang itu hanya menyertai barisan pesawat Jepun pada tahun 2035.  

Google ads
Back to top button