Buletin

EON LANCAR LOGO BAHARU. MULA JUAL KERETA PROTON

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) hari ini melancarkan logo baharunya, sekali gus menandakan penyertaan PROTON sebagai salah satu jenama di bawah naungan mereka. EON kini mengendalikan sembilan pusat pengedaran PROTON, setelah mengambil alih cawangan-cawangan tersebut dari PROTON Edar Sdn. Bhd.

Ini merupakan penjenamaan semula kali ketiga EON. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai pengedar eksklusif kereta PROTON di Malaysia. Pada tahun 1990, perubahan kecil pada logo dibuat sempena penyenaraian mereka di Bursa Malaysia. EON kemudian telah dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula syarikat.

Logo baharu menyaksikan perubahan menyeluruh berbanding logo sebelumnya yang kini tampil lebih moden. Huruf ‘E’ berwarna merah diletakkan di dalam bentuk berlian biru, melambangkan langkah syarikat untuk maju ke hadapan. 

Logo EON tahun 1990

Akronim syarikat “EON” juga muncul dengan font lebih moden yang menandakan kematangan usia jenama itu setelah lebih 30 tahun berkecimpung dalam pengedaran automotif di Malaysia.

Huruf “E” berwarna merah melambangkan keberanian jenama yang mengedar beberapa jenama automotif di Malaysia. Berlian biru mengambarkan kekuatan 36 tahun sebuah jenama yang kekal utuh, selain ciri-ciri yang lazimnya dikaitkan dengan warna biru: kesetiaan dan kebijaksanaan.

9 Cawangan PROTON

EON kini memiliki sembilan pusat pengedar PROTON, termasuk empat pusat 4S (penjualan, servis, alat ganti, badan dan cat) dan tiga cawangan 3S. Empat cawangan berada di wilayah tengah, sementara dua cawangan lagi masing-masing di Johor dan Pulau Pinang.

Ketika PROTON kembali kukuh dengan model terbaru serta rangkaian model-model facelift mereka, EON kini berada di landasan yang terbaik untuk memanfaatkan populariti kereta nasional itu.

Berkuatkuasa hari ini, semua sembilan cawangan ini akan berada dibawah pengurusan EON:

EON juga ada mengedar kenderaan  jenama Audi, Volkswagen dan Mitsubishi.

EON Automart Sdn. Bhd. ialah pengedar terbesar Mitsubishi  di Malaysia dengan 9 pusat pengedaran di seluruh negara. Ia mengendalikan tujuh pusat 3S di Ampang, Glenmarie, Johor Bahru, Bayan Lepas, Kuching, Kota

Kinabalu dan Tawau. Dua lagi cawangan EON Automart terletak di Melaka dan Kota Damansara. 

Audi pula diwakili oleh Euromobil yang mengendalikan Pusat Audi 4S Glenmarie di Shah Alam dan Pusat 3S Audi di Skudai, serta Pusat Servis Audi Kuala Lumpur di Jalan Chow Sow Lin. 

Operasi Volkswagen dikendalikan oleh HICOM Auto Sdn. Bhd. di VW Seremban. Pusat 3S mereka terletak di Oakland Industrial Park, Seremban.

Google ads
Back to top button