
30 RIDER P-HAILING TERIMA GIVI MCP01 CARGO PLATE BAHARU
Sebagai jenama yang menekankan aspek keselamatan penunggang motosikal termasuk sektor pekerja gig, GIVI Asia telah menyerahkan GIVI MCP01 Cargo Plate baharu pada 30 rider p-hailing dibawah program khas.

GIVI MCP01 Cargo Plate merupakan tapak khas yang dibangunkan GIVI Malaysia untuk p-hailing di Malaysia yang direka khas untuk membantu rider membawa kotak barangan dengan lebih cekap dan selamat.
Menerusi Program Penghargaan GIVI buat Penghantar P-Hailing ini, seramai 30 orang telah disenarai pendek dari 150 penyertaan bagi menerima produk baharu tersebut.

“Pekerja P-hailing memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran ekosistem penghantaran bandar, dan sumbangan mereka amat dihargai oleh GIVI.
“Sejajar dengan itu, kami komited untuk terus menyediakan penyelesaian yang bukan sahaja menyokong keperluan operasi harian, tetapi juga membantu meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan penunggang di jalan raya,” kata Julian Loh, Pengurus Pemasaran & Jualan Nasional, GIVI Asia Sdn. Bhd.

Kesemua 30 peserta telah hadir ke GIVI Point Kuala Lumpur bagi menerima pemasangan terus GIVI MCP01 Monolock Cargo Plate pada motosikal masing-masing pada Sabtu.







