Buletin

MITSUBISHI PINDAH GUDANG ALAT GANTI KE SHAH ALAM. LEBIH EFISYEN DAN PANTAS

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah berpindah ke gudang baru di Shah Alam.

Perpindahan itu merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan bagi memenuhi keperluan selepas jualan yang kian meningkat.  

Dengan kapasiti simpanan seluas 40,000 kaki persegi, ia akan menambah baik operasi gudang di bawah satu bumbung.

Langkah itu dilihat dapat mempercepatkan proses penghantaran alat ganti yang diperlukan oleh pengedar sah MMM dan 52 pengedarnya di seluruh negara.  

“Gudang alat ganti baharu ini terletak di lokasi strategik, kurang sesak serta mempunyai akses mudah ke lebuhraya Persekutuan dan KESAS. Jadi, kami dapat mempercepatkan urusan penghantaran alat ganti kepada pengedar.

“Selain menambah baik pengalaman selepas jualan pelanggan dengan mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Google ads
Back to top button