Artikel Pilihan

WRC TURKI 2020 – ELFYN EVANS MUNCUL JUARA

Rali Turki 2020 akhirnya menjadi milik pemandu Toyota, Elfyn Evans setelah berlaku persaingan sengit di antar pemandu handalan dan beberapa insiden di luar jangkaan. Rali Turki ini merupakan pusingan kelima selepas perlumbaan WRC 2020 ini kembali bersambung di Estonia.

Elfyn Evans sebelumnya hanya berada di tempat keempat namun berjaya menamatkan saingan pada pagi hari terakhir saingan

Asalnya saingan sengit untuk Rali Turki ini sepatutnya menjadi milik duo pemandu pasukan Hyundai, Theirry Neuville dan juga Sebastian Loeb. Kedua mereka tampak selesa mendominasi saingan tiga teratas, terutamanya Sebastian Loeb yang kembali memandu setelah berehat dalam perlumbaan di Rali Esstonia sebelum ini.

Namun malang menimpa apabila Hyundai i20 WRC keduanya mengalami masalah tayar pancit sehingga mengakibatkan kehilangan masa berharga. Thierry Neuville di tempat kedua setelah ketinggalan 35.2 saat dan Sebastian Loeb ditempat ketiga dengan ketinggalan hampir satu minit di belakang Elfyn Evans.

Kemenangan Elfyn Evans ini dilihat cukup berharga apabila beliau kini menjadi pendahulu dalam pungutan mata di belakang rakan sepasukan, Sebastian Ogier. Sekali gus mengulangi pencapaian ketika beraksi di Sweden.

Sebastian Ogier yang menjadi harapan pasukan Toyota untuk terus cemerlang dan mengutip mata tidak kesampaian apabila Yaris WRC yang dipandu beliau mengalami masalah kepanasan enjin hingga mengakibatkan asap keluar daripada bonet. Sudahnya, terpaksalah beliau berhenti tepi dan menamatkan saingan. Sedangkan sebenarnya prestasi Sebastian Ogier di Turki dilihat cukup baik apabila berjaya mendahului saingan pada hari Sabtu sebelum masalah menimpa.

Malang juga menimpa buat penyandang juara WRC 2019, Ott Tanak apabila beliau juga tidak berupaya menamatkan saingan apabila kereta yang dipandu terbabas ke pinggir jalan dan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbetulkan. Ternyata kemalangan ini menjejaskan harapan Ott Tanak untuk mempertahankan kejuaraan WRC beliau.

Saingan selepas ini bakal bersambung pada bulan Oktober nanti di Rally Italia Sardegna. Saingan dijangkan lebih sengit memandangkan selepas ini hanya tinggal dua pusingan sahaja sebelum kalendar WRC 2020 ini melabuhkan tirai.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Elfyn Evans – 97 Mata
  2. Sebastian Ogier – 79 Mata
  3. Ott Tanak – 70 Mata

Kedudukan Mata Pasukan

  1. Toyota Gazoo Racing – 174 Mata
  2. Hyundai Shell Mobis – 164 Mata
  3. M-Sport Ford – 101 Mata

BACA : WRC 2020 – OTT TANAK JUARA DI BUMI SENDIRI

BACA : WRC 2020 – ELFYN EVANS MELOMPAT LEBIH TINGGI DI SWEDEN

Google ads

B K

Back to top button