
MODENAS BAKAL PERKENAL Z15 GT VERSI KLAC AUTO SEAWAL 2026?
Fenonema kapcai kembali melanda pasaran Malaysia sejak MODENAS melancarkan ‘supermoped’ pertama menerusi Z15 GT pada Oktober lalu.
Pelancaran Z15 GT mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial terutamanya dikalangan pengguna motosikal kapcai.

Menariknya, terdapat banyak komen yang meminta agar MODENAS menghasilkan kapcai dengan sistem klac auto seperti yang ditawarkan pada model Kriss dan beberapa pesaing lain antaranya Yamaha 135LC dan Wave 125i.
Sistem klac auto masih popular ketika ini terutamanya dikalangan ‘delivery rider’ ekoran tidak memerlukan tangan kiri untuk mengoperasikan klac tangan ketika menunggang sekaligus terasa sedikit bebas untuk mengakses telefon pintar dan sebagainya.

Selain itu, klac auto juga membolehkan mereka yang mempunyai kekangan atau ketidakupayaan di tangan kiri untuk mengendalikan motosikal dengan lebih baik.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan sendiri pernah mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan versi klac auto pada Z15 GT tanpa mengubah sesaran enjin atau casis.

Menariknya, berdasarkan maklumat terbaru yang diperolehi, MODENAS mempunyai perancangan untuk memperkenalkan Z15 GT versi klac auto seawal tahun 2026.
Selain itu, kami juga difahamkan bahawa harga Z15 GT versi klac auto juga lebih rendah berbanding versi manual.







